Hanya Kerana Rakam Sebuah Video Di Tempat Kerja, Ratu Cantik Pengawal Rusia Dipecat! – Manis Madu

Hanya Kerana Rakam Sebuah Video Di Tempat Kerja, Ratu Cantik Pengawal Rusia Dipecat!

Gara-gara menyiarkan video memaparkan persekitaran tempat kerja, bekas ratu cantik Pengawal Kebangsaan Rusia 2019 mendakwa dia sudah dibuang kerja daripada unit khas tentera Presiden Vladimir Putin.

russian-beauty-queen-national-guard-1-768x512

Sumber Gambar: nypost.com

Anna Khramtsova, 32, dipecat daripada pasukan tentera dalaman Kremlin selepas dikatakan menyiarkan video yang menunjukkan keadaan di tempat kerjanya.

 

East2West News melaporkan wanita itu mendakwa video berkenaan memaparkan operasi pembasmian kuman di sebuah bangunan pentadbiran kerajaan.

russian-beauty-queen-national-guard-2 -768

Sumber Gambar: nypost.com

Namun, dia percaya bahawa rakaman dan gambar seksinya ketika menyertai aktiviti kecergasan menjadi alasan sebenar menyebabkan dia dibuang kerja.

 

Katanya, rakaman itu mungkin menyebabkan ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan cemburu.

 

“Saya dipecat kerana (kedudukan) saya melebihi seseorang,” katanya yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa diskriminasi jantina di dalam unit itu.

 

Wanita itu mendakwa alasan dia dipecat adalah terlalu remeh kerana dikatakan merakam video bangunan pentadbiran semasa operasi pembasmian kuman.

 

Khramtsova yang mahir menggunakan senjata api turut memberi bayangan akan merayu ke atas keputusan berkenaan.

 

Anna Khramtsova juga ibu kepada seorang anak, menewaskan lebih 1,000 peserta untuk muncul sebagai pemenang pertandingan ratu cantik itu, pada tahun lalu.

 

Dia sebelum ini berkhidmat dengan pasukan tentera dalaman Kremlin, yang operasinya dilaporkan secara terus kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin

Post a Comment