Tak Jemu Langsung Layan Filem, Ini 5 Filem Terbaik Waktu Krismas! – Manis Madu
Ini 5 Filem Terbaik Waktu Krismas

Tak Jemu Langsung Layan Filem, Ini 5 Filem Terbaik Waktu Krismas!

Antara aktiviti yang boleh dilakukan waktu cuti Krismas adalah menonton filem dengan keluarga. Movie time! Di sini Anis ada senaraikan beberapa filem yang Maduners boleh layan sempena Krismas ini.

#1 Home Alone

Home-Alone

Sumber Gambar: www.imdb.com

Cuba bagi tahu, siapa je tak tahu filem ni? Antara filem yang paling laku dan mendapat tontonan tertinggi! Asal Krismas je, filem ini lah yang ditayangkan.

 

Percaya atau tak, walaupun Home Alone mula ditayangkan sekitar tahun 1990-an lagi tapi filem ini masih relevan hingga kini! Home Alone, sebuah filem komedi kekeluargaan yang menceritakan kehidupan keluarga McCallister dan kepintaran Kevin McCallister setiap kali dia ditinggalkan bersendirian.

 

Siapa yang tak pernah tengok filem ini, sila lah tonton pada Krismas kali ini. Rugi kalau tak layan! Filem ini macam lagu All I Want For Christmas Is You oleh Mariah Carey! Sangat wajib waktu Krismas!

#2 The Princess Switch & The Princess Switch 2: Switched Again

Filem ini ditayangkan di platform Netflix pada tahun 2018. Kini The Princess Switch telah memasuki siri yang kedua tahun ini!

The Princess Switch mengisahkan tentang seorang duchess ataupu puteri yang bertukar tempat dengan seorang wanita Chicago seminggu menjelang Krismas. Bagi Maduners yang minat genre romantik, filem ini satu pilihan yang tepat!

#3 Jack Frost: Rise of Guardian

The_Story_of_Jack_Frost

Ini salah satu favourite Anis! Untuk pengetahuan Maduners, filem Jack Frost banyak versi dan versi lama telah mula ditayangkan sejak tahun 90-an lagi.

 

Walaupun filem Jack Frost versi ini adalah versi kartun tetapi masih mampu menyampaikan emosi yang sama malah lebih lagi. Yang penting Jack Frost kartun handsome!

#4 Surviving Christmas

Surviving-Christmas-2004-Poster-christmas-movies_768x471

Sumber Gambar: www.fanpop.com

Filem ini ditayangkan sekitar tahun 2004 dan antara filem yang hit juga! Mengangkat genre romantik komedi, filem ini juga menyelitkan unsur kekeluargaan. Nice kalau tonton sama-sama dengan keluarga atau kawan.

#5 Dr. Seuss The Grinch

The Grinch mengisahkan tentang satu makhluk berwarna hijau yang bencikan Krismas. Dia rancang untuk curi Krismas daripada warga Whoville. Filem ini diadaptasi daripada novel How the Grinch Stole Christmas! karya Dr Seuss dan telah diadaptasi kepada filem sebanyak 3 kali!

 

Haa, nak tahu apa kesudahan filem ini Maduners kenalah tengok!

 

Mungkin korang ada filem yang lebih best boleh dilayan ketika Krismas, silalah share dengan Anis dekat bawah ini!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment