Happy World Honey Bee Day! Serikan Hari Maduners Dengan Sambutan Hari Madu Lebah, Sedunia
Wow! Tak sangka ada Hari Madu Lebah Sedunia sebenarnya wujud dan disambut pada hari Sabtu minggu ketiga bulan Ogos setiap tahun.
Jadi untuk menyerikan hari Maduners dan madu lebah memang kegemaram Madu, jom kita tengok di Malaysia yang mana ada beberapa jenis lebah yang boleh menghasilkan madu!
Lebah madu atau lebah jenis ‘menyengat’ yang boleh menghasilkan madu banyak diternak untuk tujuan komersial.
1. Lebah Hutan (Apis Dorsata)
Sumber Gambar: en.wikipedia.org
Terkenal dengan gelaran Giant honey bee kerana bersaiz agak panjang dan terdapat di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara, lebah jenis ini agak agresif.
Kalau kena sengat dengan lebah jenis ini, baik dapatkan rawatan dengan segera. Jika dibiarkan, bengkak nanti.
2. Lebah Asia / Lebah Keran (Apis Cerana)
Sumber Gambar: en.wikipedia.org
Lebah yang bersaiz agak kecil berbanding lebah hutan ini turut dikenali sebagai Asian honey bee atau The Eastern honey bee.
Mudah ditemui di selatan, tenggara dan timur benua Asia, sifat sosial lebah ini yang kurang agresif menjadikan ianya sesuai untuk diternak.
3. Lebah Eropah (Apis Mellifera)
Sumber Gambar: en.wikipedia.org
Spesis yang berasal daripada benua Eropah ini turut dikenali sebagai Western Honey Bee atau European Honey Bee.
Lebah ini sangat aktif bersosial, bergerak dalam koloni yang ‘menjaga’ lebah ratu seperti lebah yang lain.
Kalau nak ikutkan jenis lebah yang ada di dunia ini banyak lagi. Tapi yang Madu kongsikan adalah yang terdapat di Malaysia.
Dah tahu jenis lebah, mesti nak tahu khasiat madu kan? Tak dapat dinafikan, khasiat madu memang banyak. Tapi tak semua yang tahu dan amalkan pemakanan madu.
Kuatkan Ingatan
Selain kismis, madu lebah turut sinonim sebagai makanan yang meningkatkan daya tahan memori. Sesuai untuk diambil dalam kalangan pelajar bagi mudah ingat perkara yang dipelajari.
Sumber yang kaya dengan antioksidan mencegah kerosakan sel-sel otak dan merupakan terapi alternatif yang berhubungan dengan penurunan intelektual.
Mengatasi batuk dan selesema
Apabila madu digunakan sebagai pengganti gula, ia mempunyai kesan teraputik yang membantu porses pemulihan.
Boleh juga nak campurkan bersama halia dan lemon untuk merawat batuk dan selesema.
Menambah tenaga
Amalkan madu setiap hari untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan menambah tenaga. Boleh dicampur dengan air suam supaya tidak terlalu manis.
Kita kena hargai sumber alam yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat. Jadi yang mana tak suka makan madu, jom kita amalkan.
Selamat Hari Madu Lebah Sedunia!