Hari Bapa Dah Dekat! 5 Hadiah Onzzz Untuk ‘Raja’ Pertama Di Hati Kita – Manis Madu
Hari Bapa Dah Dekat! 5 Hadiah Onzzz Untuk ‘Raja’ Pertama Di Hati Kita

Hari Bapa Dah Dekat! 5 Hadiah Onzzz Untuk ‘Raja’ Pertama Di Hati Kita

Memandangkan tak lama lagi nak sambut hari bapa, Anis yakin mesti ramai daripada Maduners yang dah mula mencari-cari hadiah yang sesuai untuk ayah masing-masing. Betul tak?

 

Hadiah untuk para lelaki memang kena fikir banyak sikit sebab kita, kaum wanita tak tahu sangat taste diorang macam mana. Kalau hari ibu senang nak cari! 

 

Tapi, itu bukan alasan untuk tak bagi apa-apa untuk ayah korang ya. No, no, no! Kena la seimbang untuk kedua-duanya. Jom Anis tolong korang cari hadiah yang sesuai untuk ayah-ayah kita.

1. Mesin Pembuat Kopi

becca-tapert-nHLlgE6DDag-unsplash (1)

Ahaa, kalau ayah korang jenis pencinta kopi, inilah jawapannya! Mesin pembuat kopi memang antara pilihan terbaik untuk dijadikan hadiah. Mesti senyum sampai ke telinga kalau anak-anak hadiahkan mesin ini untuknya.

 

Maduners boleh buat research dulu sebelum buat keputusan untuk beli. Pastikan korang pilih design yang nampak ekslusif dan mengikut citarasa si ayah. Contohnya, kalau ayah korang lebih berjiwa klasik, carikan design dan warna yang berciri klasik. Memang ngam!

2. Minyak Wangi

chester-xiao-oRgeDVPL1ks-unsplash (1)

Siapa jerr dalam dunia ini tak suka berwangi-wangi kan? Haa, hadiah yang satu ini juga sangat sesuai untuk hadiah hari bapa. Tetapi Maduners kena tahu bauan apa yang digemari ayah korang.

 

Antara minyak wangi berjenama yang top untuk lelaki antaranya, Tom Ford Mandarino, Bleu of Chanel, Sauvage Dior dan lain-lain. Apa-apa pun, kena cari tahu bauan apa yang ayah korang suka, okay?

3. Jam Tangan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PatekWorld | Watches (@patekworld_)

Ayah-ayah kebanyakannya suka pakai jam tangan. Selain untuk tengok waktu, jam tangan juga merupakan aksesori tambahan yang akan menyerlahkan aura si pemakai.

 

Antara perkara yang Maduners kena perhatikan adalah pemilihan design, material dan warna. Pilih jam tangan yang akan serlahkan ‘aura’ ayah korang. Tak semestinya jam tangan berjenama yang berharga ribu riban pun!

4. Dompet

konstantin-evdokimov-jWL2OdlHHMk-unsplash (1)

Anis tak tahu kenapa, orang lelaki kan, selagi dompet tak lunyai, diorang tak akan tukar dompet baru! Haa, inilah kesempatan yang baik untuk Maduners hadiahkan wallet baru untuk ayah kesayangan.

 

Untuk dompet, mungkin korang boleh keluarkan budget lebih sikit. Maklum lah, ayah-ayah kita tukar wallet 10 tahun sekali!

5. Set Pakaian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ralph Lauren (@ralphlauren)

Untuk hadiah ini pula, Anis rasa paling simple sebab Maduners boleh cari di mana-mana sahaja. Nak beli sendiri satu persatu dan balut sendiri pun boleh tapi kalau korang nak mudah, lebih baik beli satu set.

 

Set pakaian ini korang susun elok-elok dalam satu kotak eksklusif, sertakan dengan kad ucapan berisi ucapan manis-manis gitcheww untuk ayah korang. Mesti dia suka!

Post a Comment