12 Lagu Bakal Bersaing Di Pentas Akhir AJL Ke-35! – Manis Madu
12 lagu ke pentas AJL ke-35

12 Lagu Bakal Bersaing Di Pentas Akhir AJL Ke-35!

Selepas persaingan yang amat sengit selama tiga minggu, 12 lagu telah diumumkan untuk mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-35 yang dijangka bakal berlangsung pada Januari 2021.

Keputusan itu diumumkan oleh gandingan pengacara Haziq Hussni dan Sherry Al-Hadad pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) malam tadi.

 

Saingan peringkat separuh akhir Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) diadakan selama tiga minggu bermula 20 November 2020 membabitkan 30 lagu bersaing dengan kesemua lagu yang bertanding diadili oleh juri profesional seperti Ajai, Azmeer dan ramai lagi.

Berikut merupakan 12 lagu yang layak ke Final AJL ke-35:

1. 7 Nasihat– Kmy Kmo, Luca Sickta & Shiha Zikir

2. Kau Sakiti– Amir Masdi

3. Belenggu Rindu– Jamal Abdillah & Wany Hasrita

4. Hati– Hael Husaini

5. Semalam– Aina Abdul

6. Peluang Kedua– Hael Husaini

7. Hutang– FLOOR88

8. Gundah– Ernie Zakri

9. Gila– Kaka Azraff, Noki & Tuju

10. Aku Bidadari Syurgamu– Aishah

11. Jangan Khianati Aku– Azlan & The Typewriter

12. Eh– Zizi Kirana

Menurut ramalan Maduners, lagu apakah yang bakal merangkul kejuaraan di pentas akhir nanti!

 

Sama-sama kita nantikan! ~Stay Safe Maduners~

Sumber: Rotikaya, mysumber

Post a Comment