Hujan Tidak Berhenti Sejak Tengahari, Ramai Panik Air Naik Sekelip Mata – Manis Madu
Hujan Tidak Berhenti Sejak Tengahari, Ramai Panik Air Naik Sekelip Mata

Hujan Tidak Berhenti Sejak Tengahari, Ramai Panik Air Naik Sekelip Mata

Huru hara! Itulah gambaran situasi di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang yang dilaporkan mengalami fenomena banjir kilat semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan ramai pengguna jalan raya dan orang awam terkandas gara-gara air mula memenuhi jalan raya dan menenggelamkan kereta. 

 

Ini dipercayai berikutan hujan lebat berterusan sejak tengah hari hingga berlakunya timbunan sampah sarap serta lumpur yang turut dihanyutkan bersama air banjir.

Keadaan ini menimbulkan rasa panik orang ramai dan rata-rata daripada mereka sempat merakamkan detik-detik cemas tersebut.

 

Tinjauan di media sosial mendapati antara kawasan yang terjejas adalah di Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

 

Dalam perkongsian yang lain, puluhan kenderaan dilihat tenggelam di dalam air banjir terutamanya di Lebuh raya Pantai Baru (NPE) serta beberapa kawasan parkir awam.

Post a Comment