Ibu Biar Anak Makan Tembok Simen Sebagai ‘Makanan Sampingan’ – Manis Madu
Ibu Biar Anak Makan Tembok Simen Sebagai Makanan Sampingan

Ibu Biar Anak Makan Tembok Simen Sebagai ‘Makanan Sampingan’

Makan tembok simen? Itu yang berlaku di Kota Tegal, Jawa Tengah yang mana seorang budak lelaki menjadikan tembok simen sebagai ‘snek’.

 

Menurut Harian Metro, ibu kanak-kanak tersebut, Umrotun berkata anak lelakinya mula memiliki tingkah laku pelik memakan serpihan tembok simen sebagai makanan sampingan sejak sejak berusia dua tahun.

 

“Ketika bermain di rumah, anak lelaki saya akan makan tanah daripada serpihan tembok simen,” katanya.

 

Umrotin mula sedar tindakan pelik anaknya bila dibiarkan bersendirian di rumah dan ibu kanak-kanak tersebut masih tidak mengetahui sebab sebenar kenapa anaknya suka memakan serpihan tembok simen.

 

“Ketika dia main sendirian di dalam rumah dan saya lihat dia sedang makan tanah dari serpihan tembok,” katanya.

 

Dia anggap anaknya melakukan perkara tersebut kerana jarang diberikan makanan ringan, jadi anaknya menjadikan serpihan tembok sebagai makanan ringan.

 

Ditanya mengapa tidak menegur dan hentikan tingkah laku pelik anaknya, Umrotun berkata anaknya akan menangis jika ditegah dari memakan tanah, jadi dibiarkan saja supaya tidak menangis.

 

Tambahnya lagi, akibat tingkah laku tersebut, anaknya sering mengalami sakit perut.

Post a Comment