Ibu Ella Hembuskan Nafas Terakhir Akibat Sakit Tua – Manis Madu
Ibu Ella Menghembuskan Nafas Terakhir Akibat Sakit Tua

Ibu Ella Hembuskan Nafas Terakhir Akibat Sakit Tua

Ratu rock negara, Ella Aminuddin mengkhabarkan berita duka tentang pemergian ibu tercinta, Yang Asmah Long, 92, yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediamannya di Teluk Gadong, Klang pada awal pagi Khamis.

 

Menerusi posting di laman Instagram Ella, dia meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

 

“Salam dan sejahtera, buat makluman bonda kepada Ella, Yang Asmah Long telah pulang menemui penciptaNya sekitar pukul 2.30 pagi tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

“Moga Allah ampuni, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berikan kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang solehah,” tulisnya.

 

Rakan-rakan artis turut menitipkan ucapan takziah buat Ella dan keluarga atas pemergian ibu tercinta.

 

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada Khamis pagi.

Post a Comment