Ibu Gadis Terbawa Pulang Sesuatu Dari Bazar, Buntu Macam Mana Nak Pulangkan! – Manis Madu
Ibu Gadis Terbawa Pulang Sesuatu Dari Bazar, Buntu Macam Mana Nak Pulangkan!

Ibu Gadis Terbawa Pulang Sesuatu Dari Bazar, Buntu Macam Mana Nak Pulangkan!

Berkunjung ke bazar Ramadan, banyak kejadian yang tak disangka-sangka boleh berlaku.

 

Seperti yang berlaku kepada ibu seorang gadis ini yang secara tidak sengaja membawa pulang penyepit kuih dari bazar Ramadan.

 

Menerusi akaun Twitter @tirastyles, gadis tersebut memuat naik tangkap layar perbualan di WhatsApp ibunya yang bertanya bagaimana mahu memulangkan kembali penyepit kuih tersebut.

“Weh, mak aku pergi bazar dia terbawak balik penyepit kuih,” tulisnya dalam ciapan tersebut.

 

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian warganet yang rata-rata terhibur dengan situasi tersebut.

 

“Sepatutnya bawak balik dengn dulang kuih sekali tu,” komen @marultbh

 

“Update kalau dah pulangkan, hahaha,” tulis @hontoutounie

 

“Hahahahhahaa penyepit tu sekali sekala nak merasaa level level kayangan duduk dekat bag Coach before this asyik duduk dalam dulang je,” tambah @ainasyazwaniy_

 

Aduh, Madu pun terhibur la! Maduners sebelum balik dari bazar check dulu mana tahu terbawa balik penyepit juga.

Post a Comment