Racun TikTok ‘Gummy Eyeball’ Dan ‘Planet Gummy’ Tak Halal? – Manis Madu
Racun TikTok ‘Gummy Eyeball’ Dan ‘Planet Gummy’ Tidak Halal

Racun TikTok ‘Gummy Eyeball’ Dan ‘Planet Gummy’ Tak Halal?

Aplikasi TikTok boleh dikatakan salah satu platform berpengaruh di serata dunia. Istilah ‘racun TikTok’ mula muncul apabila para pengguna mula terpengaruh dengan trend atau perkara viral di TikTok.

 

Salah satunya adalah gula-gula yang diberi nama Gummy Eyeball dan Planet Gummy. Sampaikan gula-gula pun hasil pengaruh TikTok. Dahsyat kan?

 

Berbalik kepada isu gula-gula viral tadi, apa isu yang terpalit dengan gula-gula berkenaan hingga Madu menulis artikel ini? Meh sini Madu kongsikan.

 

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok yang menggelar dirinya sebagai ‘CEO of Expose’ ada memuat naik video berkenaan gula-gula berkenaan.

@druglordfxdlReply to @geenazyrah Hi harap membantu 🙏🏻 @officialdruglordfx #druglordfx #poligamibukanjenayah♬ Detective – ACRELLO🕵🏽‍♂️

Menurutnya, gula-gula Gummy Eyeball dan Planet Gummy ini tidak halal dimakan kerana sijil halal yang dipamerkan adalah sijil halal palsu.

 

Pada sijil berkenaan tertulis berkuatkuasa hingga Mei 2021 namun, pihak halal daripada China mengatakan bahawa sijil halal mereka sudah tamat pada tahun 2019.

 

Pihak e-Halal China juga dikatakan akan mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.

 

Lelaki berkenaan juga mengingatkan kepada mereka di luar sana untuk lebih berhati-hati sebelum makan makanan yang tidak diketahui status halalnya.

 

“Dan kepada influencer di luar sana, tolonglah jangan influence benda yang bukan-bukan. Pastikan korang verify dulu maklumat sebelum korang promote sesuatu barangan,” tambahnya lagi.

 

Madu juga harap Maduners lebih berhati-hati sebelum mencuba apa-apa produk ya! Jika produk itu diyakini status halal dan tidak membahayakan, tidak ada masalah.

Post a Comment