Idea Pasang Bendera Online, Individu & Pasukannya Lancarkan Aplikasi ‘kitajaga.co’ – Manis Madu
Idea Pasang Bendera Online, Terato Tech Lancarkan Aplikasi kitajaga.co

Idea Pasang Bendera Online, Individu & Pasukannya Lancarkan Aplikasi ‘kitajaga.co’

Rasanya semua sedia maklum tentang situasi yang melanda negara ketika ini. Ramai yang hilang pekerjaan serta punca pendapatan.

 

Susulan perkara itu, rakyat sendiri telah melancarkan pelbagai jenis bantuan termasuk Kempen Bendera Putih bertujuan memudahkan orang lain mengenal pasti lokasi yang memerlukan bantuan.

 

Namun, kempen berkenaan mendapat reaksi negatif daripada segelintir pihak bahkan terdapat sesetengah kawasan yang mengeluarkan saman bagi mereka yang mengibarkan bendera putih.

 

Rentetan daripada itu, terdapat perkongsian oleh seorang lelaki bernama Reza Razali telah tampil di laman Twitter-nya mengesahkan dia dan pasukannya, Terato Tech telah melancarkan sebuah aplikasi dikenali sebagai KitaJaga.

KitaJaga adalah cetusan idea untuk mengibarkan bendera secara online dengan tujuan yang sama iaitu menyalurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.

 

Selain fungsi itu, aplikasi tersebut juga dapat memberi maklumat di mana bantuan boleh didapatkan seperti lokasi food bank atau mana-mana pihak menawarkan pertolongan.

 

Rata-rata netizen di Twitter berbangga dengan usaha Reza dan pasukannya dalam memudahkan untuk orang ramai memberi bantuan ataupun mendapatkan bantuan.

Pengguna aplikasi ini juga tidak perlu log masuk untuk menggunakannya dan boleh akses serta-merta. Terbaik dan sangat memudahkan!

Post a Comment