Pasangan Suami Isteri Terpaksa Dipisahkan Selepas Disahkan Adik Beradik Sebapa – Manis Madu
Pasangan Suami Isteri Terpaksa Dipisahkan Selepas Disahkan Adik Beradik Sebapa

Pasangan Suami Isteri Terpaksa Dipisahkan Selepas Disahkan Adik Beradik Sebapa

Perkahwinan dan syarat sah perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh di ambil remeh dan haruslah patuh pada syarak.

 

Baru-baru ini Kosmo melaporkan satu kes berkenaan seorang wanita yang berkahwin dengan abangnya yang sebapa.

 

Berikutan itu, kes berkenaan bagaimanapun telah selesai selepas ikatan pernikahan itu dipisahkan oleh pihak mahkamah.

 

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, perkahwinan itu disebut sebagai nikah fasid iaitu pernikahan yang tidak memenuhi syarat-syarat sah bernikah mengikut hukum syarak.

 

Mengikut kes berkenaan, ibu mertua pihak wanita tersebut sudah pun melakukan pengesahan nikah. 

 

Manakala mahkamah telah mengesahkan nikah tersebut dan suami wanita itu merupakan anak lelaki yang sah kepada bapa bersama ibu mertuanya.

 

“Kes ini dikatakan berlaku sekitar 2017 atau 2018 dan prosesnya agak cepat kerana hanya melibatkan empat sesi mahkamah termasuk ketika tarikh sebutan kes, perbicaraan, hujah dan keputusan” – Fahmi

 

Pemfailan cerai yang biasa atau lafaz talak yang digunakan pasangan adik beradik ini tidak terpakai kerana pernikahan mereka tidak sah.

 

Walau bagaimanapun anak hasil perkhawinan itu masih boleh kekal berbin atau berbintikan bapanya. 

 

Anak itu pula dikategorikan sebagai anak persetubuhan syubhah memandangkan mereka tidak tahu mereka adalah adik beradik. 

 

Tetapi jika ibu bapa itu tahu berkenaan status sebenar mereka, perkara ini boleh dianggap zina dan anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapa berkenaan.

Post a Comment