Padah Makan Ikan Buntal Beracun, 4 Individu Maut 13 Lagi Mengalami Keracunan – Manis Madu
Padah Makan Ikan Buntal Beracun

Padah Makan Ikan Buntal Beracun, 4 Individu Maut 13 Lagi Mengalami Keracunan

Ikan merupakan salah satu hidupan air yang menjadi sumber makanan kepada manusia. 

 

Meskipun ia adalah sumber makanan bagi manusia, tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua jenis ikan yang dilihat boleh dimakan apatah lagi jika ikan itu beracun.

 

Pada 27 Jun yang lalu, majlis keraian yang diadakan di Desa Hoder di Sika, Nusa Tenggara Timur bertukar tragedi selepas empat daripada mereka dipercayai maut kerana memakan ikan buntal beracun.

 

Menurut laporan Kompas, Ketua Kampung Desa Hoder Martina  memaklumkan mereka berasa pening kepala dan mual selepas memakan ikan tersebut.

 

Pihak polis kemudiannya bergegas ke lokasi berkenaan selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung berkenaan kejadian itu untuk siasatan lanjut. 

 

Pasukan kesihatan telah pun mengambil sampel ikan buntal itu untuk di hantar ke makmal bagi mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan yang dialami mangsa. 

 

Ketua Polis Resor Sikka Margono berkata, ikan buntal berkenaan dijadikan hidangan sebuah majlis keraian tempatan di kampung berkenaan. 

 

Dari mana datangnya sumber ikan buntal yang dimakan semasa majlis tersebut bagaimanapun masih belum dapat dikenal pasti.

Post a Comment