[India] Adik Ganti Tempat Kakak Sebagai Pengantin Di Hari Bahagia – Manis Madu
Adik Ganti Tempat Kakak Sebagai Pengantin Di Hari Bahagia

[India] Adik Ganti Tempat Kakak Sebagai Pengantin Di Hari Bahagia

Baru-baru ini, suasana majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar menjadi kelam apabila pengantin perempuan tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di Etawah, Uttar Paradesh, India.

majlis terpaksa diteruskan dengan menggantikan adik kepada pengantin perempuan yang meninggal

Menurut laporan Daily Mail, keadaan menjadi lebih kecoh apabila majlis yang dirai terpaksa diteruskan dengan menggantikan adik kepada pengantin perempuan yang meninggal itu.

 

Pada asalnya, pengantin perempuan iaitu Surbhi sepatutnya melangsungkan perkahwinannya bersama pilihan hati, Manjesh Kumar.

 

Tetapi perkara yang tidak dijangka berlaku dan agak mengejutkan apabila Surbhi secara tiba-tiba rebah akibat serangan jantung ketika majlis sedang berlangsung.

 

Keluarga mangsa segera menghubungi doktor untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Tapi malangnya Surbhi gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Kejadian yang berlaku itu sangat memilukan hati ramai pihak terutamanya ahli keluarga mangsa.

 

Disebabkan majlis sudah pun berlangsung, pihak keluarga mangsa menginginkan majlis tersebut tetap dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  

 

Setelah perbincangan dibuat, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meneruskan upacara perkahwinan tersebut dengan menggantikan adik Surbhi  iaitu Nisha sebagai pengganti kepada pengantin perempuan.

 

Sementara itu, disebabkan keadaan sangat kelam-kabut, mayat Surbhi terpaksa disimpan di sebuah bilik kosong di rumah itu sementara majlis diteruskan.

 

Ahli keluarga mangsa mengakui bahawa mereka sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku. Mereka tidak tahu untuk berbuat apa-apa sehingga keadaan memaksa mereka untuk menukar kepada perancangan asal.

Sumber Gambar: Daily Mail

Post a Comment