Hatrik! Squid Game Bolot Tiga Trofi Di SAG Awards – Manis Madu
Hatrik! Squid Game Bolot Tiga Trofi Di SAG Awards

Hatrik! Squid Game Bolot Tiga Trofi Di SAG Awards

Hatrik buat siri televisyen fenomana global, Squid Game apabila memenangi tiga trofi pada acara berprestij, Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2022 baru-baru ini.

 

Squid Game melakar sejarah tersendiri apabila pelakon utamanya iaitu Lee Jung-jae dinobatkan sebagai Pelakon Drama Bersiri Lelaki Terbaik dan HoYeon Jung pula dinamakan sebagai Pelakon Drama Bersiri Wanita Terbaik selain drama berkenaan diangkat sebagai Ensemble Drama Bersiri Televisyen Terbaik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hoyeon (@hoooooyeony)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jung jae Lee (@from_jjlee)

“Dah lama saya hanya duduk dan memerhatikan kalian semua di skrin besar, bermimpi suatu hari saya akan jadi seorang aktres. Saya sayang semua kru Squid Game!,” ujar HoYeon ketika memberi ucapan.

 

Kejayaan tersebut sekaligus membuktikan produk seni hasil pembikinan industri Korea Selatan bukan hanya ‘mendunia’ dari segi sambutan penonton tetapi juga diberikan pengiktirafan selayaknya di Hollywood.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Squid Game (@squidgamenetflix)

Squid Game juga mencatat sejarah sebagai siri televisyen bukan berbahasa Inggeris pertama dalam sejarah penganjuran yang berjaya memenangi kategori utama lakonan.

 

SAG Awards 2022 berlangsung di Barker Hangar, Santa Monica, California, Amerika Syarikat. Acara berkenaan merupakan antara yang berprestij di peringkat antarabangsa selepas Academy Awards dan British Academy Film Awards.

Post a Comment