Jadi Model, Wanita Ini Bangkit Setelah Ditinggal Kekasih Kerana Kanser
Kerana tubuhnya yang semakin kurus, seorang teman lelaki sanggup meninggalkan wanita ini ketika dia menghidap kanser.
Namun, bangkit dari kekecewaan itu, kini berasal dari Amerika Syarikat, Stephanie Pipilovich ini bukan sahaja sembuh dari kanser malah menjadi model terkenal di negara itu.
Menurut mStar lagi, sebelum ini, dia pernah menjadi salah seorang tentera bagi Amerika Syarikat sebelum didiagnos dengan kanser pundi kencing pada tahun 2018.
“Biasanya kanser pundi kencing akan dihadapi oleh mereka yang berusia dari 60 hingga 80 tahun.
“Kerana kerap mendapatkan rawatan, saya menjadi semakin kurus dan mendapati dia curang dengan yang lain.
“Saya nekad dan ambil masa untuk ubah fizikal saya setelah kembali sihat”, ujarnya lagi.
Kini Stephanie menjadi seorang model berjaya dan wajar dijadikan contoh buat wanita di luar sana.