Jaga-Jaga! Bau Macam ‘Barbecue’ Waktu Cas Telefon, Mungkin Ada Makhluk Lain Tumpang Dalam Telefon – Manis Madu
Jaga-Jaga! Bau Macam ‘Barbecue’ Waktu Cas Telefon, Mungkin Ada Makhluk Lain Tumpang Dalam Telefon

Jaga-Jaga! Bau Macam ‘Barbecue’ Waktu Cas Telefon, Mungkin Ada Makhluk Lain Tumpang Dalam Telefon

Pernah tak ketika Maduners mengecas telefon dan telefon korang berbau seperti barbecue? Macam hangit terbakar gituu! Perkongsian daripada pengguna media sosial ini mungkin berlaku pada telefon korang.

 

Melalui akaun @sadam299 yang berkongsi soalan daripada pelanggannya dan mendedahkan kenapa perkara itu berlaku.

“Pelanggan berkata, “ketika saya mengecas telefon ia berbau seperti barbecue,” tulis keterangan video itu.

 

Setelah itu, lelaki tersebut membuka bahagian dalam telefon pelanggannya dan mendapati banyak ulat! Mungkin dari situ datangnya bau barbecue ketika pelanggan itu mengecas telefon?

Barbeque 2 (1)

Namun, Madu tidak dapat mengenalpasti kebenaran disebalik perkongsian video tersebut.

 

Melihat ke ruangan komen, warganet kebanyakannya terkejut dengan ‘penemuan baru’ itu.

 

Perkongsian itu telah mendapat sebanyak 12.6 juta tontonan di laman TikTok diikuti 1.2 juta tanda suka, 18.9k komen dan telah dikongsi sebanyak 44.4k kongsian!

Post a Comment