Jangan Buang Minyak Terpakai! Bukan Sahaja Elak Saluran Tersumbat, Kalau Simpan Boleh Jual Balik
Punca longkang atau saluran tersumbat adalah kerana banyak bahan buangan tidak sepatutnya dibuang. Contohnya membuang minyak terpakai ke dalam sinki atau longkang. Confirm akan tersumbat!
Menurut satu hantaran di laman Twitter oleh @nurfizaa, wanita itu ada berkongsi di kawasan kejiranannya akan mengumpul minyak terpakai untuk dijual.
Mak mak kat taman ni 2-3 bulan sekali akan kumpulkan minyak terpakai untuk jual. Duit yang dapat tu semua sepakat pass pada kakak yang selalu charity. pic.twitter.com/bKVHXsSgmd
— fiza momster (@nurfizaa) May 25, 2022
“Mak mak kat taman ni 2-3 bulan sekali akan kumpulkan minyak terpakai untuk jual. Duit yang dapat tu semua sepakat pass pada kakak yang selalu charity,” kongsinya.
Menurut perkongsian tersebut, jumlah wang yang diperoleh daripada jualan minyak terpakai itu mencecah RM510!
Dalam pada itu dia turut berpesan untuk tidak membuang minyak ke dalam longkang atau sinki bagi mengelakkan tersumbat dan menyarankan untuk menjual semula minyak tersebut.
“Jangan buang minyak masak terpakai dalam longkang habis tersumbat nanti. By the way, kalau area Selangor/Kl boleh contact number kat resit tu 0126673577. Korang boleh survey harga mana yang ambil tinggi. Kami jual 100kg ke atas so kakak ni ambil RM4/kg. Kalau 500-600kg harga lagi tinggi,” ujarnya.
Wah, simpan minyak masak pun boleh buat duit! Bukan sahaja boleh mengelakkan masalah saluran tersumbat, siap boleh buat duit. Lepas ini, jangan buang minyak terpakai.