Jangan ‘Claim’ Peminat Hindustan Kalau Belum Khatam Filem Bollywood Terbaik Sepanjang Masa Ini! – Manis Madu
Jangan ‘Claim’ Peminat Hindustan Kalau Belum Khatam Filem Bollywood Terbaik Sepanjang Masa Ini!

Jangan ‘Claim’ Peminat Hindustan Kalau Belum Khatam Filem Bollywood Terbaik Sepanjang Masa Ini!

Tidak kalah popular daripada deretan filem-filem terkenal Hollywood, filem India juga mempunyai jumlah peminat setia yang ramai! Ciri-ciri khas seperti tarian dan nyanyian yang melatari penceritaan sentiasa berjaya memikat hati para penonton.

 

Namun, bukan hanya tarian dan nyanyian, filem-filem India juga terkenal dengan jalan ceritanya yang dramatis, teratur dan penceritaan yang menarik. 

 

Kalau filem sedih, dia akan jadi sedih sangat, sampai boleh bengkak mata kerana menangis! Kalau filem komedi, lawak-lawaknya fresh dan memang tak kering gusi dibuatnya. Begitu juga dengan genre lain, jarang mengecewakan!

 

Di bawah ini, Anis akan senaraikan beberapa filem Bollywood terbaik sepanjang masa yang boleh Maduners enjoy! Buat peminat Bollywood, korang mesti familiar dengan filem-filem ini.

Kuch Kuch Hota Hai (1998)

Tipulah kalau Maduners tak tahu filem ini! Filem Kuch Kuch Hota Hai merupakan hasil karya sutradara Karen Johar ditayangkan pada tahun 1998. Disebut-sebut sebagai filem terbaik sepanjang masa, gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol menceritakan kisah cinta dan persahabatan antara Rahul, Anjali dan Tina.

Anis boleh katakan, jalan cerita dan lagu-lagu digunakan dalam filem ini masih melekat di hati para penonton. Walaupun bergenre romantik komedi, tetapi sisi dramatis dan ‘drama air’ mata tetap ada. Mengaku cepat, siapa yang menangis masa mula-mula tengok filem ini!

Mohabbatein (2000)

Filem yang satu ini pun tak kurang sambutan hangatnya! Mohabbatein merupakan filem drama muzikal romantik India yang ditayangkan di seluruh dunia pada 27 Oktober 2000 dengan durasi selama 216 minit.

Filem ini mengisahkan tentang seorang pengetua bernama Narayan Shankar yang memiliki perwatakan tegas dan sangat menekankan tentang kehormatan, tradisi dan disiplin. Dia juga sangat tidak bertoleransi terhadap kisah percintaan dan menegaskan jika ada dalam kalangan pelajarnya tertangkap, akan segera dikeluarkan dari sekolah itu.

 

Bagi yang belum tengok filem ini, korang kena tengok bagaimana ego dan prinsip tegas Narayan Shankar yang tercabar dan akhirnya runtuh! Rasa puas hati tapi bersulamkan air mata juga lah.

Kal Ho Na Ho (2003)

Aduh, filem yang satu ini pun tragis juga! Filem yang menampilkan Shah Rukh Khan, Preity Zinta dan Saif Ali Khan sebagai peneraju utama ini memang boleh buat korang menangis tersedu sedan!

Di awal plot, Maduners akan dihidangkan dengan momen-momen lucu dan ‘vibes’ komedi yang cukup terasa. Kita tumpang happy dan enjoy dengan momen-momen bahagia dengan kehidupan watak-watak dalam cerita ini tapi apabila ketika ia mencapai klimaks, mood cerita berubah sepenuhnya! Memang kena siap sedia tisu kalau nak tonton filem ini ya.

Taare Zameen Par (2007)

Okay, tak mau sedih-sedih dah! Kita beralih pula kepada filem yang memberi inspirasi dan mampu membuka mata ramai orang tentang penyakit disleksia. Psstt, sebenarnya cerita ini pun boleh tahan sedih juga tapi kita cuba lihat filem ini dari sudut yang berbeza okay!

 

Filem karya Aamir Khan ini memiliki jalan cerita yang luar biasa. Mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap disleksia dan di mindanya penuh imaginasi yang hanya difahami dirinya. Tidak ada satu orang pun yang faham keadaan kanak-kanak lelaki bernama Ishaan ini malah ayah, jiran tetangga dan guru-guru di sekolah sering menggelarnya pemalas, degil, tak berguna, bodoh dan lain-lain.

Namun, segalanya berubah setelah kedatangan seorang guru seni yang tahu bagaimana mengembangkan bakat Ishaan. Filem yang ini kalau ada yang masih belum tonton, korang rugi!

3 Idiots (2009)

Satu lagi filem lakonan Aamir Khan yang mempunyai jalan cerita yang cukup unik dan berbeza dengan mana-mana filem Hindi sebelum ini. Jangan tak tahu, filem 3 Idiots ini berjaya menjadi filem yang mencatat kutipan terbanyak sepanjang masa di seluruh dunia!

Filem ini mengangkat isu-isu pendidikan yang sepatutnya boleh diperbaiki dengan lebih baik. Apa yang menariknya, isu-isu berat seperti ini disampaikan dengan cara yang begitu menarik, santai, terasa ringan dan tak rasa bosan langsung! 2 jam 50 minit durasi cerita ini, tak terasa tau sebab makin lama makin menarik. Memang wajib tonton!

Bajrangi Bhaijaan (2015)

Boleh dikatakan, filem ini paling hits pada tahun 2015 dengan sambutan luar biasa daripada penonton seluruh dunia.

Bajrangi Bhaijaan merupakan salah satu filem paling berjaya Salman Khan dengan kutipan sekitar Rp 2 trillion! Filem ini bukan sahaja menyajikan cerita yang sedap ditonton tetapi turut memberi inspirasi dan sudut pandang baru buat para penonton.

 

Filem ini dibintangi Salman Khan, Harshaali Malhotra, Kareena Kapoor, Nawazuddin Siddiqui dan ramai lagi.

Mom (2017)

Filem yang terakhir ini, merupakan filem bergenre thriller pula. Mom menceritakan mengenai seorang ibu yang ingin menegakkan keadilan bagi puterinya yang dirogol dan diperlakukan dengan kejam. Setelah tidak mendapat keadilan sewajarnya daripada pihak berwajib, sang ibu bertindak memberi ‘pengajaran’ dengan caranya tersendiri.

Pelbagai rancangan ‘licik’ dilakukan ibu ini demi melunaskan penderitaan yang dialami anak perempuannya. Cara-cara yang dilakukannya memang mind blowing dan mantap!

 

Untuk pengetahuan Maduners, Mom juga merupakan karya terakhir daripada salah seorang lagenda bintang perfileman iaitu mendiang Sridevi. Beliau yang sudah membintangi hampir 300 buah filem dikhabarkan meninggal dunia secara mengejut pada Februari tahun 2018.

 

Peminat filem Bollywood jangan cakap tak pernah tengok filem-filem yang Anis senaraikan di atas ya. Buat Maduners yang mungkin tak pernah tonton salah satu daripada filem-filem itu, Anis sarankan untuk tengok okay. Memang tak menyesal!

Post a Comment