Makan Seorang Diri Tapi Order 8 Porsi Hidangan Lain, Cerita Disebaliknya Buat Ramai Sebak! – Manis Madu
Makan Seorang Diri Tapi Order 8 Porsi Hidangan Lain, Cerita Disebaliknya Buat Ramai Sebak!

Makan Seorang Diri Tapi Order 8 Porsi Hidangan Lain, Cerita Disebaliknya Buat Ramai Sebak!

Tular di laman Facebook satu cerita yang diceritakan kembali oleh halaman Zayan berjaya membuatkan warganet terharu bahkan mengalir air mata.

 

Menurut perkongsian itu, individu pencerita bersama keluarganya ketika itu sedang ‘melepak’ di kedai mamak setelah selesai membeli barangan serta buku sekolah anak-anaknya.

 

Ketika menunggu pesannya sampai, dia terlihat seorang pakcik sedang menyusun pinggan, air dan kerusi seperti sedang mempersiapkan hidangan makanan untuk beberapa orang.

 

Awalnya lelaki itu tidak merasa pelik dengan apa yang dilihatnya tetapi lama kelamaan mula merasa aneh dengan susun atur meja serta hidangan yang begitu rapi dan pakcik berkenaan berkali-kali membetulkan pinggan seperti seorang penghidap OCD.

 

Ketika makanan lelaki berkenaan sudah sampai, pakcik tersebut masih seorang diri dan lebih menimbulkan tanda tanya.

 

“Di mana kawan-kawan dia atau staf-staf dia? Mungkin cari location kot. Aku sign wife aku pasal uncle ni dan wife aku dah perasan dari tadi. Bukan kami je, orang sekeliling pun dah mula jeling berkerut dahi. Aku dah syak sesuatu sangat uncle ni. Dia prepare 8 hidangan, 8 air (semua teh ais),” tambah lelaki itu lagi.

Tanpa menunggu lama, lelaki itu terus bertanya kepada pemilik restoran tentang pakcik itu.

 

“Aney tu cakap dia memang macam tu. Makan order untuk 8 orang siap hidang macam tu susun atur elok-elok. Aney tu cakap dia dia makan dengan family dia tapi kami tak tahu family dia ada lagi atau takde (mati or masih hidup).

 

Time ni wife aku dah start nangis tgok uncle tu. Anak-anak aku pun sedih dah. Uncle tu makan dia punya portion sambil cakap-cakap dengan kerusi sebelah yang ‘kosong’ tu. Aku dah sebak dah tengok reaction uncle ni. Lepas tu dia makan hidangan ‘orang sebelah dia’,” ujar lelaki itu.

 

Tambah pemilik restoran itu, pakcik berkenaan akan datang setiap 2-3 kali seminggu dan memesan jumlah yang sama tetapi hidangan yang berbeza. Dia juga akan menghidang dengan teratur dan akan membayar penuh harga makanan yang dipesan.

 

Uncle ni wire short? Aku tak rasa dia macam tu. Elok je baju dia, pakai mask, bayar makanan dia, susun kemas meja elok-elok. Kita tak tahu sejarah yang dia dah tempuh selama ini,” tambah pemilik cerita ini.

Post a Comment