Jasebel Robert, Wakil Miss Grand Malaysia Lakar Sejarah Berjaya Bolosi Top 10! – Manis Madu
Jasebel Robert, Wakil Miss Grand Malaysia Lakar Sejarah Berjaya Bolosi Top 10

Jasebel Robert, Wakil Miss Grand Malaysia Lakar Sejarah Berjaya Bolosi Top 10!

Buat ke sekian kalinya dalam pertandingan Miss Grand International, wakil Malaysia dipilih untuk menyertai senarai 10 peserta terbaik di pertandingan ratu cantik tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jasebel Robert (@jasebelrobert)

Wakil Malaysia, Jasebel Robert terdahulu mencuri tumpuan dengan menggayakan kostum nasional bertemakan Mak Yong apabila tergolong dalam senarai lima kostum pilihan para juri di pusingan awal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jasebel Robert (@jasebelrobert)

Meskipun nasib tidak menyebelahinya untuk membawa pulang kategori kostum nasional terbaik, Jasebel mencipta keajaiban apabila menjadi 10 wakil terbaik setelah dinobatkan sebagai Miss Popular berdasarkan undian dari peminat seluruh dunia.

 

Mengikut laporan portal Remaja, kemenangan itu sekaligus melayakkan wakil Malaysia berusia 25 tahun itu membolosi posisi Top 10 dan meneruskan perjuangan dalam segmen ucapan bertemakan COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja)

“Sekiranya COVID-19 telah mengajar kita sesuatu, ia telah mengajar kita bahawa virus ini tidak mengenal warganegara, agama, jantina, orientasi seksual. Bilakah kita akan sedar tentang perkara ini? Bilakah kita akan berhenti menumpukan pada perbezaan di antara kita dan fokus ke arah persamaan yang wujud?

 

“Jadi, saya ingin ‘memberitahu’ COVID-19 bahawa ia telah salah mencari mangsa kerana manusia adalah lebih kuat daripada segalanya jika kita bersatu hati. Kami lebih kuat disebabkan perasaan kasih sayang, prihatin dan kita semua adalah sama.”

 

Walaupun Jasebel tidak berjaya mendapat kedudukan 5 wakil terbaik selepas segmen evening gown, ia masih merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Tahniah Jasebel!

Post a Comment