Jenis-jenis Keguguran Yang Ibu Mengandung & Wanita Patut Tahu! – Manis Madu
Jenis-jenis Keguguran Yang Ibu Mengandung

Jenis-jenis Keguguran Yang Ibu Mengandung & Wanita Patut Tahu!

Keguguran adalah perkara yang menghantui para ibu mengandung kerana ia berkemungkinan boleh terjadi pada sesiapa sahaja.

 

Lebih-lebih lagi wanita yang tidak menjaga kandungan dengan baik. Tapi tahukah Maduners, terdapat beberapa jenis keguguran yang mungkin terjadi pada wanita hamil?

#1 Ancaman Keguguran (Threatened Miscarriage)

Keguguran jenis ini terjadi apabila terdapat pendarahan yang berlaku dari faraj yang mana ia menandakan proses keguguran itu baru bermula. Namun, janin masih ada degupan jantung setelah melakukan pemeriksaan ultrasound.yang bertujuan untuk menguatkan rahim.

1257256ThinkstockPhotos-100059847-obat-hamil768x512

Sumber Gambar: sains.kompas.com

Lazimnya, proses ini dapat dihentikan dengan cara memakan ubat Duphaston yang bertujuan untuk menguatkan rahim.

#2 Keguguran Tak Dapat Di Elak (Inevitable Miscarriage)

menstrual-blood-768

Sumber Gambar: alamhamilblog.com

Bagi keguguran jenis ini pula, proses keguguran tidak dapat dihentikan. Maksudnya, bayi dalam rahim tidak dapat diselamatkan lagi.

 

Ini berlaku apabila pendarahan yang sangat banyak berlaku dari faraj dan wanita tersebut akan merasa sakit perut. Inevitable Miscarriage menunjukkan bayi di dalam kandungan sudah tidak ada lagi degupan jantung namun janin masih ada.

#3 Keguguran Tidak Lengkap (Incomplete Miscarriage)

what-is-a-missed-miscarriage-768x432

Sumber Gambar: www.todaysparent.com

Incomplete Miscarriage pula menunjukkan keadaan di mana masih terdapat baki janin dalam rahim hasil pemeriksaan ultrasound. Lazimnya, pesakit akan datang dengan pendarahan dari faraj dan sakit perut.

 

Simptom lain juga adalah seperti terdapat ketulan darah, pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.

#4 Missed Miscarriage

Missed-Miscarriage

Sumber Gambar: therapy-121.com

Situasi selepas pemeriksaan ultrasound mendapati terdapat janin dalam rahim tetapi tiada degupan jantung dikesan adalah simptom bagi Missed Miscarriage. Keadaan ibu pula tiada pendarahan atau sakit perut yang berlaku.

#5 Blighted Ovum

Keadaan yang dinamakan Blighted Ovum ini berlaku apabila pesakit tidak mengalami sebarang pendarahan tetapi ketika pemeriksaan ultrasound mendapati hanya kantung janin sahaja kelihatan tanpa sebarang denyutan nadi atau jantung.

#6 Keguguran Septik (Septic Miscarriage)

Untuk jenis yang terakhir ini, keguguran terjadi apabila terdapat jangkitan kuman pada rahim yang menyebabkan keguguran. Situasi ini dinamakan Septic Miscarriage.

 

Buat Maduners yang sedang pregnant, jaga kandungan baik-baik. Bagi yang mungkin baru kehilangan, Madu ucapkan takziah dan keep positive.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment