Jual Khidmat ‘Kawan Meluah’ Di Shopee, Rata-Rata Pembeli Puas Hati Dengan Servis! – Manis Madu
Jual Khidmat ‘Kawan Meluah’ Di Shopee, Rata-Rata Pembeli Puas Hati Dengan Servis!

Jual Khidmat ‘Kawan Meluah’ Di Shopee, Rata-Rata Pembeli Puas Hati Dengan Servis!

Jika sebelum ini tular di laman sosial beberapa jualan di Shopee yang unik dan tidak pernah dibuat orang, baru-baru ini tular pula jualan baru! Kali ini bukan produk tetapi perkhidmatan pula yang ditawarkan.

 

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter @BaqirNajh, terdapat satu perkhidmatan diniagakan di Shopee iaitu Kawan Meluah (Shopee Chat).

“Tak ada produk nak jual? Jual servis macam ni!” tulis keterangan ciapan tersebut.

 

Perkhidmatan yang ditawarkan penjual berupa sesi luahan perasaan atau isi hati yang telah lama dipendam.

 

“Ingin meluahkan isi hati yang sudah lama dipendam? Chat saja saya, saya akan memberi perhatian yang sebetulnya buat anda. We care of your mental health,” tulis keterangan tentang servis tersebut.

 

Dengan harga RM1, dilihat para pembeli cukup berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut seperti mana maklum balas yang ditinggalkan di bahagian product ratings.

 

Meninjau ke ruangan komen, warganet begitu terhibur dengan perkhidmatan ditawarkan. 

 

Malah, ada juga yang berkongsi produk unik lain ditemui di Shopee seperti menjual keyakinan, menjual pantun, kerajinan, penumbuk dan  jual potrait lukisan pun ada!

Post a Comment