“Kalau Tak Makan Haiwan, Dari Mana Dapat Sumber Protein?” Jangan Terkejut Dengan Sumber Protein Mereka Yang Vegan
Bila tengok orang yang buat diet vegan ataupun individu yang merupakan seorang vegan, selalu orang akan tertanya-tanya, “Kalau sikit pun tak makan haiwan, dari mana nak dapat sumber protein?”
Ada ke Maduners yang berfikir seperti ini? kalau ada, haa meh sini Madu share dengan korang beberapa jenis makanan kaya sumber protein yang diperoleh oleh orang Vegan atau Vegetarian.
#1 Kacang
Selain daripada mengandungi protein yang tinggi, kacang juga didapati tiada unsur lemak tepu. Bila tiada lemak tepu maksudnya apa Maduners? Maksudnya korang jangan risau ambil dalam kuantiti yang banyak kerana ia tidak menggemukkan.
Kacang menjadi antara pilihan paling popular kerana ia mudah didapati dan mudah disediakan. Tetapi kalau yang tengah diet elakkan salted nut tetapi selalunya mereka yang vegan memang mengambil kacang sebagai sumber tenaga.
#2 Oat
Untuk pengetahuan Maduners, setiap setengah cawan pengambilan oat mengandungi 5-gram protein.
Oat juga mengandungi karbohidrat yang dapat membantu dalam meningkatkan metabolisme badan. Selalunya oat akan dibancuh kosong (tanpa campuran susu atau gula) dan dimakan bersama buah-buahan seperti epal, pisang, beri dan lain-lain.
#3 Brokoli
Para vegan dan vegetarian pastinya akan mengambil brokoli sebagai pilihan hidangan mereka.
Selain mengandungi kadar protein tinggi, brokoli juga dapat meningkatkan metabolisma dan dapat membuatkan seseorang individu itu kenyang lebih lama. Ini memang sesuai sangat la untuk yang nak diet!
#4 Beras Perang
Beras perang atau brown rice adalah hidangan yang lebih sihat dan mempunyai serat yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan beras putih.
Beras perang mempunyai protein untuk menguatkan otot di samping mempunyai vitamin dan nutrien yang bermanfaat untuk tubuh. Lazimnya, individu yang diet memang akan memilih beras perang sebagai pengganti beras putih.
#5 Peanut butter
Haa yang ini menarik! Siapa cakap diet tak boleh makan benda manis? Peanut butter antara makanan best yang boleh dimasukkan dalam diet vegan protein tinggi. Tapi sudah tentulah mengambil peanut butter yang 100% adalah semula jadi tanpa sebarang kesan atau bahan daripada haiwan.
Dengan pengambilan 2 sudu mentega kacang, badan akan mendapat sebanyak 8 gram protein.
Boleh disapu pada roti atau dimakan bersama oat. Memang onz!
So, inilah antara sumber protein yang diperoleh bagi mereka yang vegan. Vegan dan vegetarian adalah dua perkara yang berbeza.
Jangan risau, walaupun vegan masih boleh dapat sumber protein yang mencukupi.