Kami semua adalah barisan Frontliners! – Manis Madu

Kami semua adalah barisan Frontliners!

Maduners tahu tak ada buku tentang wabak Coronavirus? Haaa…Memang ada! Buku dia sangat menarik untuk dibaca tau! Bukan itu je, buku ini sangat sesuai untuk dibaca dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.

 

Buku ini mengandungi gambar yang menarik dan maklumat yang jelas untuk pembaca enjoy dan memahami apa maksud di sebalik pandemik ini.

Buku yang berjudul “We Are All Frontliners” dikarya oleh penulis bernama Erika Liang serta dibantu oleh Lem Tee Sin (Illustrator) dan Liew Ann Phang (Editor). Mereka bertiga berusaha keras dalam menghasilkan buku sehinggalah suatu hari, Erika bercadang untuk menerbitkan buku ini di Personal Facebook page dan Respectful/Mindful Parenting Malaysia Group.

Sangat jelas difahami

Maklum balas dari pembaca yang membaca buku ini sangat positif. Pembaca menyukai cara Erika menceritakannya kerana is sangat jelas dan mudah difahami terutama sekali untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Selain itu, buku ini sangat seseuai untuk orang ramai memahami lagi apakah maksud pandemik ini sebenarnya.

 

Salah satu sebab Erika ingin menghasilkan buku ini adalah untuk memudahkan dia menceritakan kepada anaknya yang berumur 3 dan 5 tahun tentang apakah maksud pandemik itu dan menjawab persoalan seperti mengapa harus duduk di rumah atau kerap membasuh tangan.

Selain itu, Erika ingin menyampaikan pesanan dari kerajaan dan pihak media mengenai healthcare people sebagai pandemik frontliners di dalam buku ini. Erika merasai bahawa frontliners dari sektor kesihatan merupakan barisan pertahanan yang terakhir dalam mencegah penyebaran coronavirus ini kepada orang lain.

Madu harap dengan membaca buku ini boleh membantu kita memahami bahawa pandemik ini harus diambil berat. Oleh itu, Maduners yang ingin membaca buku ini bolehlah download di link ini https://barefoottrail.org/wp/sdm_downloads/we-are-all-front-liners/.

 

Selamat membaca y’alls dan jangan lupa untuk kongsi e-book ini kepada Maduners yang lain juga!

Post a Comment