Kanak-Kanak Cedera Dicucuk Wanita Kurang Siuman Dengan Garpu – Manis Madu
Kanak-Kanak Cedera Dicucuk Wanita Kurang Siuman Dengan Garpu

Kanak-Kanak Cedera Dicucuk Wanita Kurang Siuman Dengan Garpu

Menurut laporan HMetro, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, cedera di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan wanita kurang siuman menggunakan garpu di Taman Mount Austin, semalam.

 

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi, dipercayai kanak-kanak berkenaan berada di luar bangunan pusat tuisyen di kawasan itu.

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa.

 

“Semasa berada di Taman Mount Austin, di sini, pengadu memaklumkan anak perempuannya berumur tujuh tahun didatangi seorang wanita yang disyaki kurang siuman.

 

“Wanita itu sudah cucuk anak perempuan pengadu menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan. Kemudian, suspek melarikan diri.

 

“Suspek yang tidak dikenali itu dipercayai kurang waras. Polis sedang mencari suspek yang masih belum dikesan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Post a Comment