Kisona Tarik Diri Daripada Kejohanan Badminton Orleans Masters – Manis Madu
Kisona Tarik Diri Daripada Kejohanan Badminton Orleans Masters

Kisona Tarik Diri Daripada Kejohanan Badminton Orleans Masters

Menurut laporan BERNAMA, pemain badminton perseorangan wanita negara, S. Kisona telah menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Orleans Masters 2021 di Perancis, minggu ini.

 

Dalam satu kenyataan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa barisan jurulatih telah mencapai kata sepakat setelah menilai prestasi semasa pemain berusia 22 tahun itu pada Kejohanan All England, Brimingham.

 

“Kisona akan meneruskan latihan intensif di pusat latihan prestasi tinggi Akademi Badminton Malaysia (ABM) sebelum kembali menyertai mana-mana kejohanan dengan prestasi yang lebih baik,” menurut kenyataan berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kisona Selvaduray (@kisonaselvaduray)

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu sepatutnya memulakan penyertaannya pada Kejohanan Jelajah Super 100 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bertemu bekas pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Saina Nehwal dari India.

 

Pada penyertaannya di All England pada minggu lepas, Kisona tewas kepada pemain pilihan ke lapan Busanan Ongbamrungphan dari Thailand 6-21, 7-21 pada pusingan pembukaan.

Post a Comment