Tidak Pernah Cukur Bulu Ketiak Selama 10 Tahun, “Saya Rasa Lebih Wanita Jika Tak Bercukur” – Manis Madu
Tidak Pernah Cukur Bulu Ketiak Selama 10 Tahun, “Saya Rasa Lebih Wanita Jika Tak Bercukur”

Tidak Pernah Cukur Bulu Ketiak Selama 10 Tahun, “Saya Rasa Lebih Wanita Jika Tak Bercukur”

Seorang wanita dikenali sebagai Taylor Tilt mengejutkan orang ramai setelah memuat naik video dirinya menayangkan bulu ketiak yang panjang di laman TikTok.

@taylortilltAm I gonna give up 10 years worth of not shaving?♬ different kind of simp – spam acc

Dalam perkongsian itu, Taylor mendedahkan dia sudah tidak bercukur selama sepuluh tahun. Ya, sepuluh tahun!

 

Ketika ditanya kenapa dia menyimpan bulu ketiak sebegitu lama dan tidak mahu mencukurnya, Taylor berkata dia berasa menjadi lebih wanita dalam keadaan seperti itu.

 

Bertentangan dengan kepercayaan umum, Taylor mengesahkan akan menyimpan bulu ketiak selagi mana ia tidak gatal dan berkata dia tidak suka keadaan selepas bercukur.

Taylor Tilt 2 (1)

Susulan perkongsian itu, ruangan komen dipenuhi dengan kecaman netizen yang menyifatkan dia sebagai haiwan ladang yang busuk dan menjijikkan namun Taylor tidak mengendahkan semua itu dan tetap berpegang dengan prinsipnya untuk tidak bercukur.

 

Video Taylor telah tular dan mendapat 4.4 juta tontonan, 195.7k  tanda suka, 6,517 komen dan 5,898 perkongsian.

 

Meskipun menerima banyak kecaman, terdapat juga netizen yang memuji dirinya yang tidak berpura-pura dan menjadi dirinya sendiri.

Post a Comment