Kematian Aktres Thailand Ditemui Terapung Di Sungai Chao Phraya Dirancang? – Manis Madu
Kematian Aktres Thailand Ditemui Terapung Di Sungai Chao Phraya Dirancang_

Kematian Aktres Thailand Ditemui Terapung Di Sungai Chao Phraya Dirancang?

Pasukan penyelamat baru-baru ini berjaya menemukan mayat seorang pelakon wanita Thailand, Tangmo yang terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam Khamis lalu, lapor laman berita Thai PBS World.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @melonp.official

Anggota-anggota penyelamat daripada Yayasan Ruamkanyu melaporkan telah menemui mayat Tangmo atau nama sebenarnya, Pataratida Patcharaveerapong terapung di sungai itu sekitar pukul 2.10 petang (waktu tempatan) semalam.  

 

Seorang pelakon lelaki Thailand yang turut menjadi sukarelawan dalam misi pencarian, Eakpan Bunluerit mengesahkan mayat itu adalah Tangmo.

 

Mayat berkenaan terapung berhampiran jeti Pibul Songkhram 1 di bandar Nonthaburi. Polis menutup kawasan itu untuk memberi privasi kepada keluarga dan rakan mangsa termasuk menghalang sekumpulan besar kakitangan media ke kawasan tersebut. 

 

Polis kemudian membawa mayat mangsa untuk bedah siasat di Institut Pusat Sains Forensik, Hospital Universiti Thammasat bagi menentukan punca kematian. Tangmo dilaporkan menaiki bot bersama lima rakannya sebelum dilaporkan terjatuh ke dalam sungai. 

 

Menurut laporan, hasil siasatan forensik mengesahkan Tangmo meninggal dunia kerana lemas namun bagaimana dia terjatuh ke dalam air masih dalam siasatan.

Post a Comment