Kembar Perempuan Tertua Di Jepun Diiktiraf Guinness World Record!
Pasangan kembar perempuan di Tokyo, Jepun telah diiktiraf sebagai kembar tertua di dunia oleh Guinness World Records.
Umeno Sumiyama dan pasangan kembarnya Koume Kodama lahir pada tahun 1913 dan kini direkodkan pada usia 107 tahun.
Pasangan kembar tersebut dilahirkan di Pulau Shodo, Wilayah Kagawa pada tanggal 5 November 1913 dan diiktiraf kembar seiras tertua oleh Guinness World Record pada 1 September yang lalu.
Namun, kini Umeno dan Koume tinggal di pusat jagaan yang berasingan serta menerima sijil pengiktirafan tersebut menerusi pos kerana situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Rekod yang kini dipegang oleh Umeno dan Koume terdahulunya disandang oleh Kin Narita dan Gin Kanie yang juga merupakan warga Jepun tetapi Kin Narita telah meninggal dunia pada tahun 2000 ketika berusia 107 tahun 175 hari.
Setelah menerima pengiktirafan tersebut, Umeno Sumiyama dikatakan menangis kerana terharu, berbeza dengan Koume Kodama yang tidak menunjukkan sebarang emosi kerana ingatannya semkain merosot.
Kebanyakan rekod Guinness bagi individu tertua adalah dari mereka yang mempunyai kewarganegaraan Jepun.