“Kenapa Bini Awak Itik”, Pemuda Tanya Jalan Pada Angsa Cuit Hati Netizen – Manis Madu
“Kenapa Bini Awak Itik”, Pemuda Tanya Jalan Pada Angsa Cuit Hati Netizen

“Kenapa Bini Awak Itik”, Pemuda Tanya Jalan Pada Angsa Cuit Hati Netizen

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini macam-macam kerenah manusia kita dapat lihat melalui media sosial. 

 

Disebabkan PKP yang terlalu lama dan mengehadkan orang ramai untuk keluar rumah, baru-baru ini viral satu video seorang lelaki sedang bertanyakan jalan pada seekor angsa dan itik.

Video lucu yang dimuat naik oleh @Izznurarif _ di laman TikToknya itu, kelihatan seekor angsa dan itik sedang bermain-main di bahu jalan.

 

Rakan kepada @Izznurarif bagaimanapun menyapa itik dan angsa tersebut dengan bertanya jika jalan yang ditunjukkan itu boleh keluar ataupun tidak.

 

Secara spontan dua ekor haiwan itu pun bergerak ke hadapan kereta seolah-olah ingin menunjukkan jalan kepada dua pemuda berkenaan.

 

Apa yang lebih mencuit hati netizen apabila rakan kepada @Izznurarif ini mempersoalkan mengapa bini kepada angsa itu adalah seekor itik.

 

“Kenapa bini awak itik?” 

 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat terhibur dengan kenyataan yang dibuat itu dan ada juga yang risau apabila pemuda tersebut sudah mula bercakap dengan itik gara-gara PKP yang terlalu lama.

SS_Akibat PKP terlalu lama sekarang b

“Akibat PKP terlalu lama sekarang boleh bercakap dengan itik” – @rossa_francsc.

SS_soalan last dia buat aku gelak

“soalan last dia buat aku gelak hahah kenapa bini awak itik” – @mantora99.

 

“Aku risaulah PKP lama, adik aku pon nak kawan dengan burung weh duk hulur biskut kat tingkap” – @mimiezieha.

SS_Asyik bini angsa je bosan

“Asyik bini angsa je bosan.. Tukar taste la ambik itik pulak” – @bluesaphhire2redruby.

Post a Comment