Olimpik: Hadiahkan Pingat Emas Tapi Atlet Memanah Korea Dituduh Feminis! – Manis Madu
Hadiahkan Pingat Emas Tapi Atlet Memanah Korea Dituduh Feminis_An San

Olimpik: Hadiahkan Pingat Emas Tapi Atlet Memanah Korea Dituduh Feminis!

Kejayaan atlet pemanah Korea Selatan yang telah merangkul dua pingat emas di Olimpik, Tokyo sememangnya satu pencapaian yang membanggakan!

 

Namun disebalik kejayaan pemanah berkenaan, rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati berpunca daripada penampilannya yang berambut pendek ketika beraksi.

An San, 20, menerima beberapa komen yang mengatakan gaya rambut pilihannya menunjukkan bahawa dia adalah seorang feminis serta menuntut dia melakukan permohonan maaf, lapor Japan Today.

 

“Kami tidak melatih dan memberi anda wang cukai sehingga anda dapat melakukan tindakan feminis,” tulis salah seorang lelaki di laman Instagram An.

 

Lebih parah, mereka juga menuntut agar dia memulangkan kembali pingat Olimpik yang telah dimenangi.

 

Rentetan isu itu, banyak wanita Korea Selatan, termasuk tokoh terkenal, mengecam komen-komen tersebut.

 

“Walaupun anda memenangi pingat emas Olimpik dengan kemahiran dan kebolehan anda sendiri, selagi seksisme berterusan di masyarakat kita, anda dihina dan diminta untuk kehilangan pingat anda hanya kerana anda mempunyai rambut pendek,” ciap Jang Hye-yeong, seorang ahli parlimen wanita, di laman Twitter.

 

“Kami menghadapi hari yang aneh di mana pemanah Korea sekarang adalah yang terbaik di dunia, tetapi maruah negara dijatuhkan kerana sexism“.

Menurut laporan tempatan, sekurang-kurangnya 6,000 gambar wanita dengan rambut pendek disiarkan di platform media sosial untuk menunjukkan sokongan kepada atlet memanah itu.

 

Antara wanita yang menyiarkan gambar tersebut ialah pelakon Koo Hye-sun dan ahli parlimen Ryu Ho-jeong – Ahli Parlimen termuda di negara itu, yang pernah dikritik kerana memakai dress ke parlimen.

Untuk rekod, An telah memenangi dua pingat emas dalam pasukan wanita dan memanah pasukan campuran. Dia menjaringkan 680 untuk menduduki tempat kelayakan individu wanita di Sukan Tokyo, memecahkan rekod Olimpik yang berdiri sejak 1996.

Sumber Gambar: Japan Today.

Post a Comment