“Kenapa Tak Mintak Bantuan Bomba?” Wanita Ajar Tip Keluarkan Cincin Tersekat Tanpa Perlu Panggil Abang Api
Agak banyak kali juga cerita tentang cincin tersekat di jari terjadi dan diceritakan di media sosial. Ada yang sampai kena panggil bomba untuk tolong!
Baru-baru ini terdapat lagi satu kejadian sama berlaku dan dikongsikan di media sosial.
Pengguna TikTok dikenali sebagai @marniharith ada memuat naik beberapa video menunjukkan dia cuba menanggalkan cincin yang tersekat pada jari manisnya.
@marniharithDah tak sanggub teruskan percubaan 😭 fobia dah nak pakai♬ bunyi asal – Marni Harith
Antara cara yang digunakan adalah dengan menggunakan minyak, benang, sabun dan lain-lain namun cincin itu masih juga tidak dapat dikeluarkan.
Jari wanita itu juga makin membengkak dan bertukar menjadi kebiruan.
“Dah tak sanggup teruskan percubaan. Fobia dah nak pakai,” tulis wanita itu di salah satu video yang dikongsi.
Di ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan kenapa dia membuat percubaan-percubaan yang boleh membahayakan sedangkan boleh meminta bantuan pihak bomba.
“Kenapa la tak minta bantuan bomba?” komen salah seorang netizen.
Menjawab kepada komen tersebut, wanita itu memuat naik satu lagi video menunjukkan cara yang dilakukannya untuk menanggalkan cincin itu tanpa bantuan ‘abang api’.
@marniharith Balas kepada @cikanaproton ♬ DJ Cantelo – Angi Lay
Apa yang dilakukannya adalah merendam tangan yang mula membengkak ke dalam air supaya bengkak di jarinya surut dan boleh membuka cincin itu dengan mudah.
“Slow-slow tolak cincin urut bahagian yang kembang arah ke dalam sambil tolak cincin keluar,” tulisnya dalam video itu.
Agak ngeri ya tengok jari kakak ini ketika tengah membengkak. Macam nak meletup! Mujur dapat cari penyelesaian tanpa panggil abang bomba.