Kereta Mewah Milik Ratu Elizabeth II Sedia DiJual Pada Harga 1 Juta! – Manis Madu
Kereta Mewah Milik Ratu Elizabeth II Sedia Dijual Pada Harga 1 Juta

Kereta Mewah Milik Ratu Elizabeth II Sedia DiJual Pada Harga 1 Juta!

Sebuah kereta klasik milik Ratu Elizabeth II kini berada di pasaran dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, lapor Daily Star.

Kereta mewah Bently Mulsanne itu pernah digunakan Ratu Elizabeth sekitar tahun 2013 sehingga 2015.

 

Ia ditawarkan pada harga £200,000 atau sebanyak RM1.14 juta.

 

Untuk pengetahuan Maduners, kereta berkenaan hanya pernah dipandu sejauh 4,010 kilometer (km) sahaja.

 

Menurut pengarah pemasaran Bramley Motor Cars, Jack Morgan-Jones, dia meluahkan rasa bertuah kerana dapat menguruskan penjualan kereta klasik berkenaan.

 

“Kami pada tahun lepas pernah menjual Range Rover yang pernah digunakan oleh Obama.

 

“Kereta Bently milik Ratu Elizabeth sangat unik. Sejarahnya sangat hebat,” ujarnya.

 

Sebelum ini sebuah kereta serupa dijual oleh pengedar yang sama kepada pengumpul Jerman pada tahun 2019.

Sumber Gambar: Dailystar.co.uk

Post a Comment