Keringnya! Jangan Anak Tirikan Siku & Lutut Korang – Manis Madu
Keringnya! Jangan Anak Tirikan Siku & Lutut Korang

Keringnya! Jangan Anak Tirikan Siku & Lutut Korang

Madu tak nafikan, pasti semua mahukan kulit yang cantik, glowing dan flawless, tetapi, siku dan lutut selalu diabaikan .

 

Cuba Maduners bayangkan, kulit dan gebu cantik, tapi bila orang pandang, kering dan merekah pada bahagian siku dan lutut.

Jangan risau dan sedih sebab Madu sentiasa ada untuk kongsi tips dengan korang. Ada banyak yang tips boleh bantu kurangkan gelap di bahagian siku dan lutut.

1. Buah Lemon

Buah Lemon

Rawatan menggunakan lemon ada kaedah biasa dalam mana mana rawatan. Maduners cuma perlu potong lemon kepada dua bahagian dan gosok pada siku dan lutut.

 

Fungsi lemon yang mengandungi Vitamin C dapat memutihkan kawasan hitam dengan membunuh sel-sel kulit mati.

2. Baking Soda & Lemon

Baking Soda & Lemon

Sumber Gambar: brightside.me

Dah puas sental pakai buah lemon, kali ini boleh jadikan sebagai skrub dengan mencampurkan baking soda ataupun garam bersama air lemon.

 

Kacau sehingga rata dan gosok pada siku dan lutut. Biarkan selama 20 minit dan bilas sehingga bersih.

3. Timun

Timun

Selain untuk membuka selera si pemakan, timun yang kaya dengan vitamin A dan C memastikan kulti sentiasa dalam keadaan segar.

 

Sama seperti lemon juga, hiriskan mengikut ketebalan yang sesuai kemudian gosok pada lutut dan siku selama 15 minit.

4. Aloe Vera

aloe vera

Biasa dengar aloe vera pada rambut dan merawat sunburn kan? Sebenarnya, aloe vera boleh juga digunakan untuk siku dan lutut.

 

Campurkan bersama susu dan sebaiknya dibiarkan selama 1 malam sebelum digunakan untuk kesan yang lebih baik.

5. Pelembap Kulit

Pelembap Kulit

Sumber Gambar: www.remaja.my

Kalau anda bernasib baik untuk menjumpai produk pelembap kulit yang 100% organik atau natural, sapukan pada bahagian lutut dan siku anda yang kering.

Tips dan cara rawatan yang Madu kongsikan adalah berdasarkan pengalaman mereka yang pernah mencuba dan peroleh hasil yang baik.

 

Jangan expect bila Maduners dah buat sehari terus boleh tengok hasilnya, kenalah lakukan secara kerap dan konsisten untuk dapatkan lutut dan siku yang smooth dan perfeccct gitu!

Post a Comment