Ketagih Berkahwin, Wanita Nak Kahwin Buat Kali Ke-12! – Manis Madu
Ketagih Berkahwin, Wanita Nak Kahwin Buat Kali Ke-12!

Ketagih Berkahwin, Wanita Nak Kahwin Buat Kali Ke-12!

Seorang wanita, Monette Dias, 52, mengakui dirinya sangat ketagih kepada idea perkahwinan.

 

Muncul dalam sebuah rancangan TLC ‘Addicted To Marriage’, Monette mengungkap rahsia dirinya yang sudah berkahwin sebanyak 11 kali dan berharap untuk melakukannya buat kali ke-12.

‘Gila Lelaki’

Melalui rancangan itu, wanita tersebut menggambarkan dirinya sebagai ‘gila lelaki’, dan mendakwa dia sudah mula menyukai lelaki pada usia 2 tahun.

 

“Saya cepat jatuh cinta dan apabila dikira semuanya, saya rasa saya telah dilamar 28 kali.

 

“Saya sentiasa berkhayal tentang bagaimana perkahwinan saya, bagaimana suami saya dan yang pasti, saya ‘jatuh cinta’ dengan cinta,” ujarnya.

 

Disebabkan dirinya mempunyai ramai suami, ahli keluarganya sendiri menghadapi masalah untuk mengingati lelaki yang pernah menjadi suaminya.

 

Menurut India.com, perkahwinannya yang paling singkat hanya bertahan selama enam minggu manakala yang paling lama bertahan sehingga 10 tahun.

Post a Comment