Viral Air Banjir Jernih Macam Air Kolam! – Manis Madu
Viral Air Banjir Jernih Macam Air Kolam!

Viral Air Banjir Jernih Macam Air Kolam!

Sebuah video memaparkan keadaan banjir yang melanda sebuah daerah di Indonesia baru-baru ini menjadi tular kerana keadaan airnya yang jernih serta turut mempunyai pemandangan yang indah.

 

Video keadaan banjir di daerah Minahasa, Sulawesi Utara itu dimuat naik di akaun TikTok milik @salam_kawanua dan sehingga kini telah ditonton lebih 20 juta kali dengan 1,7 juta tanda suka.

β€œBanjirnya menimbulkan rasa suka,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik bersama video itu.

 

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat air banjir di kawasan itu amat jernih dan bersih.

Banjir 1 (1)

Bahkan, orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa biarpun terpaksa mengharungi air banjir setinggi paras lutut orang dewasa.

 

Pemandangan banjir β€˜luar biasa’ itu mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan rata-rata memuji penduduk di situ yang terbukti pandai menjaga kebersihan kawasan.

Banjir 2 (1)

β€œSeumur hidup, ini kali pertama saya lihat air banjir sejernih ini, tabik dengan penduduk di situ,” komen seorang netizen.

 

β€œTidak nampak seperti banjir, namun kelihatan seperti kolam renang,” komen seorang lagi netizen.

Post a Comment