Ketahui 5 Makanan Terbaik Selepas Bersalin, Elak Dari Berpantang Asyik Makan Biskut Kering Dengan Nasi Lauk Ikan Bilis Sahaja! – Manis Madu
Ketahui 5 Makanan Terbaik Selepas Bersalin

Ketahui 5 Makanan Terbaik Selepas Bersalin, Elak Dari Berpantang Asyik Makan Biskut Kering Dengan Nasi Lauk Ikan Bilis Sahaja!

Kebiasaannya para wanita selepas melahirkan akan menghadapi kesukaran untuk nak kembalikan bentuk tubuh badan dalam keadaan asal.

 

Tapi sebenarnya, perkara yang lebih penting adalah mereka mendapat nutrisi yang baik melalui pemakanan yang sihat. Makanan terbaik adalah sangat penting bagi membekalkan tenaga bagi ibu.

 

Pemakanan yang baik juga dapat meningkatkan kualiti susu untuk pertumbuhan terbaik bayi korang. Hari ni Madu akan kongsi dengan Maduners beberapa makanan terbaik di ambil ketika berpantang!

#1 Beras Perang

beras-perang

Beras perang memang sangat bagus diamalkan oleh wanita ketika berpantang. Dengan mengambil beras perang, ia akan mencukupkan kalori yang diperlukan oleh badan Maduners untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan terbaik untuk bayi.

 

Beras perang juga dapat meningkatkan tenaga, waktu kita berpantang kita perlukan banyak tenaga untuk pulih!

#2 Sayuran Hijau

sayur-sayuran

Sayur-sayuran hijau adalah sumber bukan tenusu yang baik dan ia membekalkan kalsium, mengandungi vitamin C dan zat besi. Haa! Madu rasa semua pun tahu, sayur sangat bagus dan penting untuk badan kan?

 

Bagi ibu-ibu yang sedang berpantang wajib lebihkan sayuran hijau kerana kalori dalam sayuran hijau rendah! Bayi pun akan dapat manfaat dan nutrisi daripada pengambilan sayuran hijau ini.

#3 Buah-buahan

buah-buahan

Selain sayuran, buah-buahan juga boleh diamalkan kerana ia sangat berkhasiat untuk ibu berpantang.

 

Mungkin ada yang menganggap makanan berpantang sebegini tidak sesuai kerana ia bersifat ‘sejuk’. Namun, semua buah-buahan ini sebenarnya mengandungi serat yang dan sumber vitamin yang tinggi.

#4 Salmon

Makanan dengan nilai protein yang tinggi juga penting bagi memastikan Maduners kekal bertenaga sepanjang hari. Madu nak cadangkan untuk Maduners amalkan memakan ikan salmon.

 

Ia bukan sahaja berkhasiat tetapi turut terbukti dapat mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin (postpartum depression).

#5 Kekacang

kekacang

Kacang boleh dijadikan sebagai snek yang berkhasiat. Kekacang memang boleh bantu untuk dapatkan bentuk badan yang ideal, Maduners juga masih dapat kekalkan nutrisi yang baik untuk kesihatan badan dan pertumbuhan bayi.

 

Itulah antara makanan-makanan terbaik yang boleh Maduners amalkan selepas melahirkan. Untuk wanita yang keguguran pun sesuai diamalkan. Semoga bermanfaat untuk korang!

Post a Comment