Susunan Sudu Dan Garfu Selepas Makan Membawa Maksud Tertentu! – Manis Madu
Susunan Sudu Dan Garfu Selepas Makan Membawa Maksud Tertentu

Susunan Sudu Dan Garfu Selepas Makan Membawa Maksud Tertentu!

Maduners tahu tak, susunan sudu dan garfu selepas makan membawa maksud tertentu. Melalui susunan sudu dan garfu ini juga boleh bagi sign kepada pelayan restoran.

 

Lazimnya, etika ini dipraktikkan di restoran-restoran mewah dan individu yang tahu dan mempraktikkan kod susunan sudu dan garfu ini bukan calang-calang orang. Berkemungkinan besar dia datang dari keluarga berada dan telah mempraktikkannya dari kecil.

 

Dengan mengetahui etika di meja makan, Maduners dah tak perlu banyak komen kepada pelayan atau pemilik restoran. Hanya dengan susunan sudu dan garfu sahaja dah boleh menghantar maklumat kepada mereka.

 

Hari ini Madu nak share kod kedudukan sudu dan garfu yang betul mengikut maksud yang betul.

Maksud Perletakan Sudu garfu 1

Sumber Gambar: selongkar10.blogspot.com

Sebelum Maduners mula makan, kedudukan sudu dan garfu korang perlulah dalam keadaan begini. Sudu dan garfu diletakkan di luar pinggan seperti gambar di atas.

berhenti-kejap-ketika-makan

Sumber Gambar: eatdrinkplay.com

Haaa! Kalau nak berhenti kejap ketika makan, keadaan sudu dan garfu mesti diletakkan macam ini! Selalunya kalau masih belum habis makan dan sedang bercakap dengan individu lain, Maduners jangan pegang sudu dan garfu di tangan, tapi boleh letak seperti di dalam gambar di atas.

The meal was excellent

Sumber Gambar: eatdrinkplay.com

Untuk nak mengekspresikan pada pihak restoran yang Maduners suka makanan tersebut, letaklah sudu dan garfu dalam kedudukan begini. Tak perlu puji secara langsung pun, melalui susunan sudu dan garfu ini pun dah cukup untuk sampaikan apa yang korang rasa.

I-did-not-enjoy-the-meal

Sumber Gambar: eatdrinkplay.com

Kalau tak suka hidangan yang dihidangkan, begini pula cara dia. Sudu atau pisau dimasukkan dalam celahan garfu dan membentuk huruf ‘V’.

I-am-ready-for-my-next-meal

Sumber Gambar: eatdrinkplay.com

Kedudukan sudu dan garfu macam di atas ini memberi maksud Maduners bersedia untuk hidangan seterusnya. Letak jerr macam ini, nanti pelayan restoran akan datang dan bawa hidangan seterusnya. Wuuu, easy peasy!

I-am-finished

Sumber Gambar: eatdrinkplay.com

Selepas habis makan, Maduners perlu susun sudu dan garfu begini. Jangan letak ikut suka je tau! Letak betul-betul di tengah pinggan dan menunjukkan ke arah jam 12 .

 

Lepas ini bila makan di restoran mewah, Maduners dah boleh praktikkan kod susunan sudu dan garfu ini. Semoga bermanfaat!

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment