Individu Tidak Bertanggungjawab ‘Rembat’ Barang Di Food Bank, Perbuatan Memalukan! – Manis Madu
Individu Tidak Bertanggungjawab ‘Rembat’ Barang Di Food Bank

Individu Tidak Bertanggungjawab ‘Rembat’ Barang Di Food Bank, Perbuatan Memalukan!

Seiring dengan situasi negara sekarang, ramai pihak tampil menyediakan bantuan kepada golongan memerlukan. Salah satunya melalui penyediaan food bank di serata tempat.

 

Projek food bank ini kebanyakannya dijalankan dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, pengurusan masjid atau surau malah terdapat individu yang melakukannya secara persendirian.

 

Bagaimanapun semalam tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) beberapa individu dilihat ‘memborong’ dan ‘sapu’ makanan food bank.

 

Memetik laporan Kosmo!, seorang lelaki dan dua wanita mengambil kesemua makanan disediakan dan memasukkannya dalam bungkusan plastik. Barang yang diambil dipercayai sardin dan susu pekat.

 

Perbuatan pada waktu malam itu menerima kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan.

 

Netizen juga mempersoalkan sama ada individu terbabit mengambil untuk keperluan atau mungkin mengambilnya untuk dijual semula. Sangat tak patut!

 

Ada juga netizen menyarankan supaya food bank dijaga supaya tiada pihak mengambil kesempatan.

 

“Ramai orang lain memerlukan barangan makanan tersebut. Jangan tamak,” kata netizen lain.

 

Lokasi kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan.

 

Sumber Gambar: Kosmo!

Post a Comment