Korea Utara Tolak 3 Juta Vaksin Sinovac Dari China
Menurut UNICEF, Korea Utara telah mengesahkan pada Rabu lepas, mereka enggan menerima tawaran tiga juta dos vaksin Sinovac yang disediakan di bawah inisiatif COVAX.
Tujuan penolakan tersebut bukan sesuatu yang buruk malahan dipandang baik kerana negara itu meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengagihkan 3 juta dos vaksin Covid-19 tersebut kepada negara yang lebih memerlukan.
Menurut laporan Astro Awani, jurucakap Pyongyang mengesahkan keputusan tersebut dibuat kerana wujudkan kekurangan bekalan vaksin di peringkat global dan terdapat negara lain yang mempunyai peningkatan kes Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Korea Utara.
Pyongyang telah melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sangat ketat sejak pandemik Covid-19 ini melanda.
Bahkan Korea Utara merupakan antara negara terawal untuk tutup sempadan negara mereka sejak Januari tahun lalu.
Namun, ini bukan kali pertama Pyongyang menolak bekalan vaksin kerana Julai lalu mereka menolak tawaran dua juta dos vaksin AstraZeneca atas sebab bimbang dengan kesan sampingannya.