Kualiti Pemasangan Barang Ke Laut? Ramai Rupanya Kecewa Dengan IKEA – Manis Madu
Nabila Huda Luah Rasa Kecewa Terhadap IKEA

Kualiti Pemasangan Barang Ke Laut? Ramai Rupanya Kecewa Dengan IKEA

Siapa sahaja yang tidak familiar dengan salah satu tempat membeli belah barang kelengkapan rumah yang terkenal di dunia dan mampu milik ini kalau tidak lain tidak bukan IKEA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IKEA Malaysia (@ikeamalaysia)

Di Malaysia sahaja terdapat beberapa cawangan antaranya IKEA Cheras, IKEA Damansara, IKEA Johor dan IKEA Pulau Pinang yang membawakan konsep reka bentuk rumah yang menarik dan selesa. 

 

Walaupun dengar seperti indah tetapi pada hakikatnya ada juga terdengar isu yang tidak baik tentang perkhidmatan pemasangan ke rumah yang ditawarkan Syarikat IKEA. 

 

Baru-baru ini pelakon dan pengacara cantik manis iaitu Nabila Huda naik berang dan meluahkan rasa kecewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Perasaan tersebut timbul kerana dikatakan perkhidmatan pemasangan yang dibuat oleh syarikat yang diupah oleh  IKEA Malaysia.

 

Nabila marah dan kecewa dengan perkhidmatan IKEA Malaysia.

“Hello IKEA Malaysia! apa benda ni? Macam mana korang buat kerja korang pasang barang aku ni sampai boleh terbukak macam ni! Apasal teruk sangat orang yang buat pemasangan ni” – Nabilla Huda

 

“Untuk pengetahuan awak IKEA Malaysia, mereka yang datang ke rumah untuk buat pemasangan memang tak buat kerja jujur! From the first day they came to my house memang i tahu dorang tak buat kerja jujur”

 

Biasalah, siapa sahaja yang tidak marah dan bengang kalau dah bayar cas pemasangan dengan harga yang tinggi tiba-tiba buat kerja sambil lewa kan.

 

Benda macam ini tidak sepatutnya berlaku sebab boleh merosakkan reputasi dan nama baik cawangan terbabit. Perkara yang berlaku ini seolah tidak menjaga nama baik IKEA itu sendiri. 

 

Pihak yang berkenaan diharap dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga reputasi IKEA Malaysia dan menjamin kepuasan pelanggan.

 

Sumber Featured Image: Juice Online

Post a Comment