Kurang Yakin Punya Pasal, Wanita Sanggup Labur RM30,000 Jalani Pembedahan Kecilkan Dahi – Manis Madu
Wanita Sanggup Labur RM30,000 Jalani Pembedahan Kecilkan Dahi

Kurang Yakin Punya Pasal, Wanita Sanggup Labur RM30,000 Jalani Pembedahan Kecilkan Dahi

Dek kerana kurang yakin dengan saiz dahi yang lebar, seorang wanita mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bagi mengecilkan bahagian tersebut.

 

Wanita yang bernama Camilia Coleman Brooks ini berkata sebelum ini dia terpaksa menyembunyikan dahi luasnya yang berukuran 85 sentimeter (cm) dengan rambut selama lebih dua dekad

Dia yang juga seorang model dari Carolina Utara akhirnya menemui solusi kepada masalah tersebut iaitu dengan menjalani pembedahan.

 

Ibu kepada dua anak itu telah menghabiskan L5,000 (RM28,680) untuk tujuan tersebut di sebuah klinik di Cleveland, Ohio pada bulan lalu.

 

Hasil pembedahan tersebut berjaya mengecilkan dahinya yang berukuran 8.5cm sebanyak 3cm.

Wanita berusia 26 tahun itu berkongsi kisah ini di TikTok yang mana telah berjaya meraih jutaan tontonan.

@camillacolbroReply to @gianna_2323 Before and after photos. Lmk what you think! #foreheadreduction #beforeandafter #plasticsurgery♬ original sound – Camilla

“Dahi saya dahulunya berukuran 8.5cm dan sekarang sudah 5.5cm. Ini adalah perbezaan yang luar biasa.

 

“Dulu setiap kali lihat cermin, saya akan perasan betapa besarnya dahi dan akan selalu menutupinya dengan rambut.

 

“Tidak ada yang membuli tapi saya lakukan pembedahan kerana saya sendiri tidak suka,” katanya.

Post a Comment