Taylor Swift, Beyonce Cipta Sejarah Di Anugerah Grammy 2021! – Manis Madu
Taylor Swift, Beyonce Cipta Sejarah Di Anugerah Grammy 2021

Taylor Swift, Beyonce Cipta Sejarah Di Anugerah Grammy 2021!

Anugerah Grammy yang dianjurkan pada tahun ini menyaksikan Taylor Swift sekali lagi memenangi kategori Album Terbaik menerusi album ‘Folklore’.

Kemenangan itu juga menjadikan Swift sebagai penyanyi wanita pertama yang memenangi anugerah itu tiga kali berturut-turut dalam kategori yang sama.

Taylor Swift, 31, sebelum ini memenangi kategori yang sama menerusi album ‘Fearless’ dan ‘1989’.

 

Bukan itu sahaja, dalam anugerah yang sama, Beyonce juga turut melakar sejarah dengan merangkul Anugerah Grammy yang ke-28 menerusi lagu ‘Black Parade’ dalam kategori Persembahan R&B Terbaik.

Ia sekaligus meletakkan Beyonce sebagai artis wanita yang paling banyak memenangi anugerah dalam sejarah acara berprestij ini.

 

Beyonce turut merangkul anugerah dalam kategori Persembahan Rap Terbaik, dikongsi bersama Megan Thee Stallion untuk lagu ‘Savage (Remix)’, dan kategori Video Muzik Terbaik untu lagu ‘Brown Skin Girl’, yang dikongsi bersama anak perempuannya, Blue Ivy.

 

Kemenangan Beyonce sekaligus memecah rekod penyanyi Alison Krauss yang sebelumnya memiliki 27 Grammy.

 

Anugerah Grammy tahun ini dihoskan oleh Trevor Noah buat pertama kalinya di Los Angeles dan sebahagian anugerah telah diumumkan secara atas talian menerusi siaran maya.

Post a Comment