Lagi Gemuk Lagi Cantik? Inilah Standard Kecantikan Unik Yang Wujud Di Dunia! – Manis Madu
Memang tak sama langsung standard kecantikan di seluruh dunia

Lagi Gemuk Lagi Cantik? Inilah Standard Kecantikan Unik Yang Wujud Di Dunia!

Tak boleh dinafikan bahawa definisi kecantikan itu terlalu subjektif. Apa yang ‘wow’ di mata orang lain, tak semestinya cantik di mata orang lain.

Eyebrow-Lift

Sumber Gambar: Pinterest

Tapi pernah tak Maduners tengok persepsi kecantikan yang lain daripada lain? Contohnya seperti memakai subang besar di bahagian bibir dan rantai panjang di leher. Mesti tak pernah kan?

 

Mari Madu tunjukkan standard kecantikan yang luar biasa dan unik di dunia ini!

1. Pinggan’ di Bibir – Ethiopia

Mursi-woman-with-large-lip-plate

Sumber Gambar: Flickr

Bila Madu maksudkan pinggan, bukan pinggan makan. Di Ethiopia, memakai subang besar atau lip plates di bibir bawah membawa simbol kecantikan kepada mereka. Apa yang menarik, mereka menindik dengan menggunakan kayu tajam. Kalau Madu yang kena pakai memang tak tahan sakit dah!

Smiling-Surma-woman-with-lip-plate

Sumber Gambar: Flickr

‘Pinggan’ di bibir ini kebiasaannya akan ditindik sebelum mereka memasuki alam perkahwinan.

2. Yaeba (Gigi Tidak Tersusun) – Jepun

Yaeba-Smiles---Japanese-Trends-For-Artificial-Fangs

Kalau ikutkan standard kecantikan yang biasa, kebanyakan orang akan berpusu-pusu pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan gigi yang teratur. Tak kisah lah melalui veneer, braces atau lain-lain.

Yaeba-Teeth

Sumber Gambar: Pinterest

Namun berbeza bagi budaya di Jepun, mereka mempunyai kepercayaan Yaeba (gigi tidak tersusun) khususnya gigi taring menambah kecantikan seseorang dan tampil lebih cute. Natural beauty gituuuuu!

3. Subang Hidung – India

Apatani-Tribe

Sumber Gambar: Pinterest.com

Menindik subang di hidung merupakan satu perkara yang normal. Tapi korang tahu tak bahawa simbol kecantikan di Arunachal Paradesh, India ialah subang besar yang hampir memenuhi bahagian hidung mereka?

Apatani-tribe

Sumber Gambar: Behance

Tradisi ini diamalkan oleh suku Apatani. Mereka juga mempunyai tatu tiipe iaitu garis lurus yang dilukis seawal 10 tahun, dari dahi hingga ke hujung hidung.

4. Pembedahan Plastik Hidung – Iran

nose-job-surgery

Sumber Gambar: Pinterest

Madu ingatkan negara Korea jerr yang mementingkan pembedahan plastik, rupanya bukan! Kalau nak tahu, negara Iran juga mengamalkan budaya ini, cuma mereka lebih tertumpu kepada bahagian hidung.

Side-up-hairstyles

Sumber Gambar: Pinterest

Lagi cantik hidung, lagi cantiklah mereka! Tak kisahlah wanita mahupun lelaki, kedua-duanya sangat mementingkan hidung yang cantik kerana ianya juga memberi makna kuasa di status sosial.

 

Jadi kalau korang nampak orang awam pakai bandage pada bahagian muka di Iran, bukan sesuatu perkara yang pelik ya. Act normal!

5. Leher Panjang – Myanmar

Kayan-people-of-Burma-Myanmar

Sumber Gambar: kaijutegu.tumblr.com

Siapa jerr tak nak leher panjang macam model Kendall Jenner? Memang cantik! Tapi berlainan bagi suku Kayan Lahwi di Myanmar, mereka membawa definisi ‘leher panjang’ ke level yang sangat extreme!

Removing-rings-as-girl-was-taking-the-bus-back-to-Burma

Sumber Gambar: Flickr

Bagi mereka, lagi panjang leher lagi cantiklah seseorang itu. Rantai yang berbentuk bulat akan dipakaikan kepada leher wanita suku tersebut seawal umur mereka 2 tahun! Setiap tahun mereka akan menambah bilangan rantai tersebut sehinggalah mereka dewasa.

6. Kikis Gigi – Ethiopia

Afar-beautiful-girl-with-sharpened-teeth,-Danakil,-Ethiopia

Mengikis gigi pula merupakan simbol kecantikan bagi suku Afar di Ethiopia. Namun, apa yang mengerikan ialah mereka tidak menggunakan sebarang ubat bius semasa proses pengikisan gigi dilakukan. Arghh ngilu pulak rasa!

Afar-Tribe-Woman-With-Sharpened-Teeth,-Assaita,-Afar-Regional-State,-Ethiopia

Sumber Gambar: Flickr

Mereka hanya mengikis dengan menggunakan alatan sedia ada seperti kayu, kapak dan pisau.

7. Lagi Gemuk, Lagi Cantik – Mauritania

Forced-to-Be-Fat-In-Mauritani

Sumber Gambar: www.marieclaire.com

Kebanyakkan orang mengimpikan bentuk badan sihat dan ideal bukan? Namun bagi negara Mauritania kegemukan badan merupakan aset kecantikan utama. Pelikkan?

force-fed-for-the-first-time-by-her-mother-to-fatten-her-up-for-marriage

Sumber Gambar: www.dailymail.co.uk

Mereka juga mempunyai institusi fat farms. Di situ gadis-gadis muda akan dipaksa makan sebanyak 16,000 kalori sehari untuk meningkatkan kemungkinan mereka untuk berkahwin kerana lagi gemuk seorang wanita, lagi menjadi idaman lelaki disana. Fuhh 16,000 kalori sehari, sangat banyak!

Jadi, apa korang rasa lepas tahu persepsi kecantikan yang unik-unik ini? Pelik atau wow?

Post a Comment