Laku Keras! Siti Nurhaliza Kembali Dengan ManifestaSITI2020 – Manis Madu
Laku Keras! Siti Nurhaliza Kembali Dengan ManifestaSITI2020

Laku Keras! Siti Nurhaliza Kembali Dengan ManifestaSITI2020

Madu rasa macam nak jerit jerr! Album terbaru daripada buah hati rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah habis dijual.

Album terbaru yang diberi nama ManifestaSITI2020 yang habis dijual membuktikan Siti Nurhaliza is the best.

 

Tapi Maduners jangan risau sebab yang habis dijual itu hanya keluaran pertama sebanyak 2,000 unit dan akan ada keluaran kedua yang akan dibuka tak lama lagi.

Album ManifestaSITI telah dilancarkan di seluruh platform digital pada beberapa hari lepas iaitu 3 Julai 2020.

 

Apa tunggu lagi! Sitizoners dan Maduners terutamanya dah boleh strim lagu terbaharu Siti Nurhaliza!

 

Dalam album terbaru itu ada sebanyak 11 lagu termasuklah lagu bonus yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tahun lepas, Anta Permana.

Dah lama sangat Siti Nurhaliza tak muncul dengan album terbaru, lebih kurang sudah tiga tahun! So excited!

Post a Comment