Lelaki Dipercayai Gelandangan & Penagih Dadah Nekad Rentas Selat Pulau Pinang – Manis Madu
Lelaki Dipercayai Gelandangan & Penagih Dadah Nekad Rentas Selat Pulau Pinang

Lelaki Dipercayai Gelandangan & Penagih Dadah Nekad Rentas Selat Pulau Pinang

Pada Isnin lalu, seorang lelaki didakwa berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina, George Town hanya kerana ingin bertemu rakan.

 

Lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian selepas gagal mendapat kebenaran merentas daerah oleh pihak polis kerana alasan yang tidak munasabah.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki itu bagaimanapun berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum dia diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn Bhd.

 

Menurut laporan Astro Awani, berdasarkan temu bual yang dijalankan, lelaki terbabit mendakwa dia mahu bertemu rakannya di seberang dan nekad untuk bertindak sedemikian selepas gagal mendapat surat kebenaran dari pihak polis ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.

 

Lelaki terbabit juga dikatakan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan hanya menyetakan nama serta butiran peribadinya secara lisan. 

 

Hasil siasatan mendapati, lelaki berkenaan berasal dari Bayan Lepas Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

 

Pihak polis berjaya menghubungi ibu lelaki tersebut dan dia memberitahu anaknya sudah lama tidak pulang ke rumah dan hidup sebagai gelandangan serta disyaki ketagihan dadah,

 

Lelaki berkenaan di bawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati tangan kanannya patah.

 

Soffian berkata, siasatan lanjut akan dibuat selepas lelaki terbabit selesai menjalani rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital.

 

Sumber Gambar: Astro Awani

Post a Comment