Main Skateboard Dilabel Golongan Tiada Penghayatan Agama Atau Kepercayaan Hidup? Ramai Tak Puas Hati! – Manis Madu
Main Skateboard Dilabel Golongan Tiada Penghayatan Agama Atau Kepercayaan Hidup_ Ramai Tak Puas Hati!

Main Skateboard Dilabel Golongan Tiada Penghayatan Agama Atau Kepercayaan Hidup? Ramai Tak Puas Hati!

Kandungan sebuah buku teks yang memberi gambaran negatif tentang aktiviti papan selaju (skateboard) mengundang rasa kurang senang komuniti sukan itu.

 

Ini berikutan paparan ilustrasi sekumpulan remaja yang sedang bermain papan selaju dilabelkan sebagai tiada penghayatan agama atau kepercayaan dalam hidup.

 

Perkara ini dimuat naik akaun Instagram @sk8msia yang terkejut dengan ‘fitnah’ sekaligus memberi tanggapan negatif kepada peminat sukan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SkateMalaysia (@sk8msia)

“Astaghfirullahalazim, apa motif penerbit buku teks ini sebenarnya? Apa salah bermain aktiviti skateboard? Sedarkah mereka skateboard juga telah dipertandingkan di Sukan Asia 2018 di Palembang, 2019 di Filipina dan terkini Tokyo 2020 sebagai salah satu kategori sukan?

 

“Kami amat sedih kerana ini satu fitnah dan memberi tanggapan negatif kepada komuniti kami. Malah mendidik masyarakat kita pandang serong terhadap pemain skateboard,” ujarnya.

 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati atas kandungan yang dipaparkan dalam buku teks berkenaan.

 

“Aku skater, aku puasa, mengaji, solat. Kalau dengar azan kami berhenti solat dulu,”

 

“Siapa kata papan selaju tak berfaedah? Ia dalah sukan ekstrem yang membawa anda keluar daripada zon selesa dan memotivasikan diri sendiri,”

 

Meskipun begitu, sebilangan netizen berpendapat sebaliknya dengan menganggap ia sekadar salah faham sahaja.

 

“Isunya melepak pakai baju sekolah kot rasanya. Atau ponteng sekolah. Main skateboard tak isu pun. Kalau pakai baju sekolah main basikal tepi jalan pun jadi isu,”

 

“Ini ponteng sekolah la admin tiada kaitan dengan skateboarding, sebab pakaian seragam sekolah,” komen beberapa netizen.

Post a Comment