Mak Buyung Mengidam Makanan Askar, Takkan Kena Masuk Kem?
Rata-rata wanita hamil pastinya akan menghadapi situasi tekak teringin makan sesuatu atau lebih dikenali sebagai mengidam. Mengidam ini pula kalau perkara yang mudah, mujur! Ada juga yang mengidam makanan yang susah didapati dan pelik.
Begitulah perkara yang dialami seorang wanita yang dikenali sebagai Null Wari apabila dia mengidam rangsum atau pek sumber makanan askar! Ha sudah, tak pening suaminya nak mencari?
@warinullMengidam sangt nk mkn Makanan Askar๐ฅ๐ฅmana boleh makhang dapat???Xkan nk p kem askar ?depa jual dak???#SbbTeringin#TringinPembawakkan#๐ญโฌ original sound – ๐บ”๐๐ฎ๐ท๐ด ๐๐ถ๐ฎ๐”๐บ – ๐บNenkOmey๐บ
Menurut perkongsian yang dimuat naik wanita ini di laman TikTok, dia meluahkan dirinya mengidam rangsum atau makanan askar walaupun tidak diketahui bagaimana kemahuan itu boleh timbul di fikirannya. Siap tanya lagi, ada jual tak makanan itu? Alahai, kesian betul!
@warinullsaya dh DPT๐ญ๐ญ๐ญ๐ญAlhamdulillah bagi hamba Allah ini jauh dri Jitra cod sampai depan rumah ..tq buat semua warga TT y prihatin baik baik semuaโฌ bunyi asal – NullWari
Berkat tularnya video itu, ramai pihak tampil ingin bantu memenuhi hasrat wanita berkenaan. Malah dalam video berbeza, Null Wari memaklumkan terdapat pasangan suami isteri yang sanggup merantau jauh semata-mata ingin hadiahkan rangsum tersebut kepadanya. Nasib baik viral!
Netizen juga memberi reaksi yang pelbagai tentang perkara ini. Siap ada yang berseloroh rasa mengidam itu mungkin berlaku kerana anak dalam kandungan mahu jadi tentera jika sudah besar nanti.