Makcik Bawang Pertikai Amalan Tidak Berpantang, Dr Say Bagi Penjelasan
Para wanita yang sudah melahirkan anak pasti akan disusuli dengan fasa berpantang. Malah, mengikut ‘orang lama’ berpantang adalah satu kewajipan bagi seorang ibu selepas bersalin.
Namun begitu, pada zaman serba moden ini terdapat juga segelintir wanita yang mengambil inisiatif sendiri sama ada berpantang secara moden atau tradisional. Tidak kurang juga yang mengambil jalan untuk tidak berpantang sama sekali.
Menerusi hantaran di Instagram, Doktor Say Shazril atau lebih mesra dengan gelaran Doktor Say memberitahu bahawa dia kerap menerima soalan sama ada isterinya berpantang atau tidak.
View this post on Instagram
Justeru, dia mendedahkan bahawa isterinya tidak amalkan penjagaan tersebut selepas bersalin untuk kedua anaknya. Doktor itu juga sempat berseloroh yang mana pasti akan ada golongan ‘makcik bawang’ yang mempertikaikan kenyataannya.
View this post on Instagram
Apabila bercakap soal berpantang, kebanyakan para ibu akan menjaga pemakanan seperti pengambilan ikan haruan, ikan kering dan sebagainya.
Meskipun begitu, selepas sahaja habis tempoh tersebut, ada diantara mereka terus mengambil makanan fast food. Jadi dia menjelaskan dengan lebih terperinci apa motif mereka jika hidangan tersebut boleh merosakkan badan.
Walau bagaimanapun, doktor tersebeut menjelaskan sebenarnya wanita hanya perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sahaja.
Tambahnya lagi, setiap orang mempunyai kepercayaan dan pantang larang masing-masing untuk diikuti dan digunakan.